Cuba kita fikir2 kan...
Assalamualaikum,
Kalau tak silap saya, belum ada orang yang beri
jawapan samada untung atau rugi buat ASB loan ini.
Jadi izinkan saya berkongsi sedikit pengetahuan saya
samada elok atau tidak elok buat ASB loan ini.
Analisis yang saya buat ini cuma ringkas saja dan
tidak berniat untuk memburuk-burukkan pihak tertentu.
Hanya sekadar untuk pertimbangan anda sebelum membuat
keputusan untuk membuat ASB Loan (melabur ke ASB
dengan duit pinjaman bank).
Dari contoh simpanan ASB RM 100,000 yang terdiri dari
Deposit RM 5,000 manakala RM 95,000 pinjaman bank
mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9% setahun)
==> Bayaran bulanan RM 731 untuk tempoh 20 tahun.
Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kpd
anda. Contoh: dividen 7% setahun, anda akan dapat RM
7,000 setiap tahun. Boleh dibelanjakan apa saja anda
suka dan at the end of 20 years, anda akan terima RM
100,000 yang boleh digunakan untuk beli rumah,
pendidikan anak dan sebagainya.
Cara A - Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman
----------------------------------------------------
Hasil pengiraan saya menggunakan software Optimoney,
jika dividen 7% setahun atau RM 7,000 itu dibayar
semula kpd bank untuk mengurangkan baki pinjaman anda,
loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6
bulan dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM 120,827
(termasuk deposit RM5,000 dan dividen RM7,000 yg
dibayar semula setiap tahun)
Ini bermakna, anda terpaksa membayar RM 120,000 untuk
mendapatkan RM 100,000 selepas 7-8 bulan. Untung atau
rugi?
Jika anda labur RM 731 ke dalam ASB setiap bulan
selama 8 tahun pun, simpanan anda akan menjadi RM
94,260. Campur deposit RM 5,000 yang disimpanutk 8
tahun juga, future value adalah RM 8,590. Total nilai
pelaburan anda = 102,850. Dah lebih RM 100,000 dah.
Cara B - Belanjakan Dividen setiap tahun dan maintain
bayar bulanan kpd loan
-----------------------------------------------
Bagi loan RM 95,000 untuk 20 tahun pada kadar 6.9%
setahun, jumlah pembayaran penuh selepas 20 tahun
adalah RM 175,359 (kos)
Dengan dividen RM 7,000 untuk 20 tahun = RM 140,000
dan duit ASB selepas 20 tahun = RM 100,000 (+)
---------------------------------------
Duit Yang Diterima = RM 240,000
---------------------------------------
Secara kasar, nampak macam anda untung sebab anda
perolehi RM 240,000 dalam masa 20 tahun sedangkan kos
pinjaman anda berjumlah RM 175,359 shj.
Untung pada mata kasar = RM 64,641
Tetapi, bila mengambil kira kesediaan dan keupayaan
anda maintain bayaran bulanan RM 731 selama 20 tahun,
anda sebenarnya rugi besar.
Ini kerana dengan simpanan RM 731 ke dalam ASB untuk
tempoh 20 tahun, nilai pelaburan anda akan menjadi
RM 383,018.
Ini bermakna, oleh kerana anda ambil ASB loan dari
bank, anda kehilangan 'potential gain'
Total Value jika anda simpan sendiri = RM 383,018
Total gain kalau anda ambil loan = RM 240,000 (-)
-------------------------------------------------
Kehilangan Keuntungan RM 143,018
================================================
Siapa yang untung sebenarnya? ==> Bank
Dengan modal pinjaman RM 95,000, bank terima RM
175,359 dari anda sepanjang 20 tahun itu. Ini bermakna
mereka untung lebih RM 80,000 dari keuntungan ASB yang
anda boleh dapat jika anda simpan guna duit sendiri.
Masalahnya, bank tidak boleh melabur dalam ASB kerana
ASB adalah untuk individu bumiputra. Dengan ASB loan,
mereka dapat buat untung hasil dividen ASB yang mereka
ambil dari pelaburan anda.
Yang Rugi ==> Anda sebenarnya.
Oleh itu, lebih baik anda simpan ASB menggunakan duit
sendiri. Moralnya, jangan melabur dengan duit hutang.
Diharap email ini dapat menjawab dilemma anda selama
ini. Terima kasih.
Wednesday, August 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment