Sunday, August 2, 2009

Mangsa H1N1 Semakin Meningkat


Sebagai rakyat yang sentiasa prihatin, aku rasa jumlah angka kematian ini adalah ditahap membimbangkan. Apa yang kerajaan tunggu lagi untuk membanteras masalah ini? Mungkinkah mereka ingin melihat darah daging mereka sendiri menjadi mangsa virus pembunuh ini? Kita tunggu dan lihat. Hari ini, satu lagi mangsa baru. Mangsa ini hanya demam sehari dan terus meninggal. Tiada simtom2 lain. Adakah ini masih dikatakan TIDAK SERIUS?

Aku menyeru pada pihak berwajib. Tolonglah buat sesuatu untuk mengelakkan virus ini dari menular.

Petikan dari utusan:

Kanak-kanak lelaki 11 tahun mangsa keenam H1N1
02/08/2009 3:51pm

KUALA LUMPUR 2 Ogos — Malaysia mencatatkan kematian keenam akibat jangkitan Influenza A(H1N1) apabila seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun yang dimasukkan ke hospital akibat komplikasi jangkitan disahkan meninggal dunia pagi ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata kanak-kanak itu dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu pada Rabu lepas dengan simptom demam selama sehari.

“Tiada simptom batuk dan tanda-tanda gangguan pernafasan lain. Semasa dalam rawatan keadaan klinikal pesakit bertambah tenat dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi pada 30 Julai (Khamis),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dr Mohd Ismail berkata hasil pemeriksaan mendapati pesakit mempunyai jangkitan paru-paru dan myocarditis. Pesakit disahkan menghidap jangkitan virus H1N1 pada pukul 11 pagi semalam.

“Akibat komplikasi jangkitan, pesakit disahkan meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi, 2 Ogos 2009 semasa dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya. - Bernama

3 comments:

eyna enjah said...

aduh kesian kan mcm tu....xblh nak jangka....ingtkan kot2 ade tanda2.....risau la mcm tu.....

attyfir said...

kanak2 yg kena palin sian..tade tanda2..terus je..meninggal.

Insan Kerdil said...

dulu, ms selsema burung abis ayam dibunuh kan? Pengusaha2 ayam kebanyakannya melayu. Rugi mcm tu je.

tapi skrg bile melibatkan babi yg terang2 haram tu, tak de pon usaha nak bunuh babi2 tu kan? Kenapa mcm tu? sedangkan tindakan tu lah salah satu cara mencegah virus tu.

melayu mmg mcm tu. takut dgn byg2 sendiri. Takut hilang kuasa. Takut hilang sokongan. Sedih sgt...