Saturday, January 3, 2009

Ya Allah, Selamatkanlah Saudaraku di Palestin...



Ketika insan lain ( yang tidak mempunyai perasaan ) sedang bergembira,girang menyambut kedatangan tahun baru 2009, berazam dgn azam baru 2009 yang tidak habis2 bersifat materialistik, keadaan di Palestin makin merungsingkan, makin parah,makin teruk, bilangan angka para syuhada semakin hari semakin meningkat, kerakusan tentera2 dajjal melakukan kekejaman makin mengila, segala pertemuan,perbincan gan,bantahan ke atas serangan ini tidak ubah seperti mencurah air di atas daun keladi. Si celaka Israel masih tetap terus dengan kekejaman mereka..Akan tetaapi perkara ini sekekali tidak akan melemahkan semangat mereka,semangat kita untuk terus membantu,mendoakan mereka, teruskan bantuan kalian,teruskan usaha kalian demi membantu meringankan bebanan mereka..Terima kasih pada teman2 yang sentiasa memberikan perkembangan terkini palestin ( minipavilion, c4kra, info palestin, palestin kini, free gaza, dll ) semoga usaha ini mendapat keberkatan daripada Allah aminnn...

KISAH DI SEBALIK SAMBUTAN TAHUN BARU...

5 orang adik beradik Palestin sedang tidur ketika itu ketika mana tentera udra Israel sedang melakukan serangan ke atas masjid berhampiran dan dan salah satu dinding runtuh ke atas bumbung rumah mereka terus menghempap kelima2 beradik yang sedang tidur di dalam bilik itu ketika itu,Mereka semua mati serta merta di situ. Yang paling tua antara mereka berumur 17 tahun dan yang paling muda berusia 4 tahun.

"Mereka membesar hari demi hari,malam demi malam,dan hanya tempoh sesaat sahaja,mereka diambil daripada saya" ujar ayah kepada 5 mangsa itu-Tahrir, 17; Ikram, 15; Samar, 12; Dina eight; dan Jawaher,4,- yang turut cedera bersama 3 lagi anaknya lain yang terselamat.

Upacara pengebumian mereka pada hari itu di hadiri oleh ratusan orang dan ahli keluarga. Berikutan ruang kubur yang tidak mencukupi,mereka terpaksa berkongsi liang lahad. Di mana kakak sulung mereka di tempatkan dalam satu liang lahad, manakala 4 yang lain terpaksa berkongis satu liang lahad.

"Ini semua adalah kehendak dan ketentuan Allah, saya percaya kepada Allah." tambahnya lagi ketika berucap semasa pengebumian anak-anaknya.

Askar Israel ketika menjawab kejadian itu berkata"Kami ingin menyerang masjid yang berhampiran situ kerana tempt itu dipercayai menjadi tempat perkumpulan pejuang Hamas. Dan ketika itu, kami dapati ada seorang lelaki bersenjata di dalam masjid itu.

Pak cik kepada 5 kanak2 malang itu menjawab respon askar Israel itu dengan mengatakan mereka adalah mangsa yang tidak bersalah,
"kami bukanlah orangnya yang melakukan serangan roket kepada Israel.Kami hanya manusia biasa,bukan binatang!"

Sebelum kejadian, mereka sekeluarga dikatakan telah berpindah keluar daripada rumah mereka setelah serangan Israel semakin menjadi, tetapi malam itu mereka semua pulang semula untuk adik-beradik malang itu bertemu"takdir" mereka disitu.

Kakak kepada 5 beradik yang terkorban itu yang terselamat walaupun telah tertimbus ketika rumah mereka runtuh akibat serangn udara Israel itu berkata" saya katakan kepada adik2 saya yang telah terkorban, kamu semua adalah Syuhada', inilah pengakhirannya. "


sumber:
http://www.belfastt elegraph. co.uk
terjemahan:
Mohd Al-Fateh Muhamad Hanif (Abe Long=p) http://hahnif. blogspot. com

No comments: