Saturday, March 26, 2011

Zuriatku Setahun!!!


Alhamdulillah... syukur kehadrat Allah yg Maha Esa kerana dengan izinnya Ikram akan menyambut hari lahirnya yg pertama. Syukur... Syukur..

Tahun 2011 ni adalah tahun ke 4 perkahwinan kami. Walaupun diuji dengan lambatnya mendapat zuriat, tetapi aku tetap gembira. Pastinya semua yang terjadi ada hikmah tersembunyi. Perkahwinan pada 2007 sehinggalah disahkan mengandung 2009 merupakan saat getir bagi kami suami isteri. Pelbagai cara dan pelbagai ubat kami cuba untuk mendapatkan zuriat yang seorang ini. Mungkin bagi yang mudah mendapat zuriat, keadaan kami ketika itu diperlekehkan. Sindiran, pertanyaan tentang anak betul2 menyebabkan hati aku seorang wanita tersentap. Tetapi aku yakin, Allah tidak wujudkan ujian dan dugaan sebegitu hebat utk hambanya melainkn Dia tahu bahawa hambanya itu kuat menerima dugaan.

Jika dibandingkan aku dan kakak2 aku, hanya aku seorang saja yang bermasalah. Mereka lebih mudah untuk mendapatkan anak. Tetapi aku berganda2 susah. Syukur akhirnya doa aku dimakbulkan dan pastinya kehadiran Muhammad Ikram Baihaqi menyerikan lagi rumahtangga kami. Syukur ya Allah. Pada 1 April 2011 ini akan cukuplah setahun Ikram lahir ke dunia.

Sebagai manusia, aku tidak mampu mengharapkan lebih. Jika ada rezeki lagi, aku akan terima dengan hati yang terbuka kerana aku tahu keadaan aku dan Allah tahu kemampuan aku. aku bukanlah seorang sahaja di dunia yang menerima ujian hebat begini. Masih ramai lagi di luar sana yang bertahun-tahun lamanya perkahwinan mereka tanpa anak. Tabahnya hati mereka dan aku mendoakan moga suatu hari Allah akan memberi mereka peluang bergelar ibu dan bapa. Sungguh, perasaan menjadi ibu adalah perasaan yang sukar untuk digambarkan. Oleh itu aku benar2 berdoa agar mereka yang sukar mendapat zuriat akan memperolehnya tidak lama lagi. Amiin.

Langkah Pertama

Ikram dah boleh melangkah sedikit demi sedikit. Perasaan kami sangat teruja dikala melihat dia mula berjalan. Walaupun jika dibandingkan dengan anak2 lain, setahun itu agak lewat tetapi kami bersyukur kerana Ikram sihat dan sentiasa gembira. Dia tidak banyak meragam malah kuat ketawa. Sekali lagi saya rasa sangat2 bersyukur memperoleh anak seperti dia.

Ada orang katakan yang perkembangan anak2 tidak sama. Ya, memang betul. Ikram berbeza aturan perkembangannya. Dari meniarap, dia terus duduk dan berdiri. Merangkak langsung tak buat. Pada mulanya hati aku risau juga tetapi bila bertanyakan hal ini pada rakan2. kata mereka ianya normal dan kanak2 tidak sama perkembangannya. Syukur Alhamdulillah... walaubagaimanapun, aku tetap bersyukur dan berdoa moga Ikram menjadi anak yg soleh dan mendengar kata.

"Ya Allah, jadikanlah anakku Muhammad Ikram Baihaqi seorang anak yang sentiasa sihat, soleh, cantik, cerdik, cergas, cerdas, disayangi semua, dipelihara Allah sentiasa dan taat perintah kedua ibu bapa" Amiin..



2 comments:

~chekuna~ said...

selamat ulangtahun yg pertama Ikram..:)

Insan Kerdil said...

tq auntie... :-)