PERTEMBUNGAN ANTARA SAINS MODEN DENGAN ILMU WAHYU (AL-QURAN) & HADIS
Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung
dengan memberikan anak manja ini makanan rapu. Sebenarnya, melalui anak yang
sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman
membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang
diberikan Nya.
Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK
Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di
Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4
dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya
menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya
dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh
tubuh badan . Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini
tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan
pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.
Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati
ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat
diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama
sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah
kamu makan organ dalaman" . Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak
lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.
Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan
seperti:
1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan
9. etc.
Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat
diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini . Mana
yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?
Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah
berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan,
sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau
mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke
klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya
dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di
sekolah yang sama dengan Isteri saya.
Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata
bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah
anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya
ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah .
Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan
banyak hati seperti hati ayam . Doktor juga ada memberikan supplement untuk
anak kami tersebut.
Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di
pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak
disamping makanan ayah dan ibunya . Walaupun dengan supplement dan hati ayam
yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot . Ia semakin
sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya
bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.
Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh
dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4
tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke
Hospital Universiti Petaling Jaya . Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti
membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya
dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan
hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya
dalam lingkungan 12 dan ke atas . Allah saja yang mengetahuinya azab yang
kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena
anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari).
Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon
kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah,
penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya
meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun . Adakah saya akan kehilangan
anak sulung yang dikasihi?
Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di
Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak
saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk
cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini
kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat
sehingga ada waktunya kepada bacaan 7. Satu perkara lain selain masalah
masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi
demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13
tahun . Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana
demam.
Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga
berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak
masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari
isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam
yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya.
Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti
saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.
Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam
yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita
sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima
masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya.
Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan
saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak
saya dibenarkan keluar dari wad hospital .
Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang
disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah
kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia)
sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru
agama . Arwah guru saya menasihati agar:
1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang,
double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima
7. Makan epal hijau
Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba
kaedah rawatan arwah guru semata-mata , akhirnya saya bersyukur kepada Allah
SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari
saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya
kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah . Syukur Alhamdulillah
terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.
Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada
ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada
manusia . Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan
kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat
kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di
sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).
Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik
untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi
agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan jikalau
dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka
ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini
adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam
Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja . Mereka ingin
menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata
demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati
sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati . Mereka juga
tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam
di Malaysia makan hati dan kepala ikan .
Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin
darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah
dan Rasul Nya saja yang mengetahui dengan tepat . Pengalaman anak saya serta
didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya
betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan
begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun . Subhanallah.
Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah,
berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu
sains dan perubatan moden . Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi
menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan
Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat
melainkan mati .
Friday, March 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment