Monday, August 1, 2011

1 August 2011 = 1 Ramadhan 1432 H




Alhamdulillah, bersyukurlah kita ke hadratnya kerana masih lagi bernafas dan berpeluang untuk berpuasa di bulan mulia ini. Marilah kita sama2 meraikan kedatangannya dgn melakukan ibadah kepadaNya sebab kita tak tahu adakah tahun depan kita masih lagi berpeluang menyambut Ramadhan.

Just nak kongsi kan kebetulan 1 Ramadhan jatuh pada hari isnin, So sempatlah kami menyambut hari mantai ( org n9 cakap ni). Balik rumah mil utk sambut sama2. Tahu ke apa hari mantai?

Kalau ikutkan kamus, rasanya tak ada istilah hari mantai ni. Tapi kalau ikut fahaman saya, hari mantai ni sehari / 2hari sebelum puasa atau raya dimana warga n9 akan buat lemang, rendang or ketupat. Hanya utk sambutan puasa dan raya je tau.

Sampai skrg pun masih lagi terpikir kenapa ye nak sambut mcm tu? Kalau nak raya okla kan buat lemang utk makan pagi raya. Tapi kalau buat lemang utk sambut puasa knp? heheh.. maybe untuk ukhwah sesama keluarga. ye la, bile dah masak sama2 makan sama2, mestila makin akrab kan? Agaknye la...

Walau ape pun, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca Resthour (ade ke yg sudi baca?) Semoga Ramadhan kali ini akan dipenuhi dgn amal ibadah. Paling penting moga ibadah akan diterima Allah... Amiin

Ada beberapa azam saya tahun ni yang saya tak dapat tunaikan tahun lepas:
* Khatam al-quran walaupun hanya sekali
* Kerap solat tahajjud, kalau boleh setiap malam
* Banyakkan sedekah

Ya Allah, permudahkanlah setiap urusanku, terimalah amalanku ya Allah...

come on readers.... jom kita meriahkan Ramadhan ;)

Wednesday, April 13, 2011

Sanggup tak kita buat macam ni?



** Mungkin cleaner ni sanggup buat ape saje demi duit.

Senyum pagi


Kisah 1: Ayam dan Kambing

Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing.

Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam : Kambing, pekabo?

Kambing : Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana
hensem-hensem ni.

Ayam : Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.

Kambing : Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam, kan?

Ayam : Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.....

Kambing : Apsal pulak?

Ayam : Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi TELUR nampak...


Kisah 2: Sama2 gila

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.

Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"

Orang gila 2 : "Tahu apa?" Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"

Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:

Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."

Dokter : "Kenapa?"

Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."

Dokter : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."

Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."

Dokter : "???"

Tuesday, April 12, 2011

Hantu office


Kelakar pun ada bile ingat2 kan balik staf2 kat ofis aku ni. Sebelum aku citer psl hantu ofis ni, aku nak describe la dulu mcm mana rupa ofis ni. Ofis aku ni 1st floor rumah kedai. Bercantum ngan sebelah lg. Maknanye ofis aku ade 2 la. Sebelah lg satu tu cuma bos je yg duduk ctu n tmpt kiteorg solat. Kesimpulannye mmg tak ramai la yg ade kat sebelah tu kan.

Nak dijadikan cerita, ofis aku ni psg ADT. Satu hari tu, kecoh kat ofis yg ADT call Mr R (GM aku) psl alarm berbunyi waktu subuh. Diaorg detect ade makhluk lalu dari toilet belakang ke bahagian tengah then kebelakang balik. Dah la waktu subuh, ade yg tumpang sembahyang ke? Sebelum ni kalau ade bunyi, ADT call aku or big bos je. Tapi sbb aku ngelat n bos pun xnak terlibat sama, dia suruh arrange semula biar GM yg handle. GM ni 1st time handle tu yg gelabah tu. Terus request ngan big bos nak CCTV.. hahahaha.. aku mcm geli hati pun ade sbb kdg2 cicak atau lipas lintas pun ADT boleh berbunyi sebenarnya. Tapi lantakla kan, nak sgt CCTV, biarla... nak skodeng aku ngular kat FB n blog pun boleh. hahahaha

Paling kelakar satu pagi tu, bile aku masuk2 je, telekung aku ade kat sofa guest. Hahahahaah.. sape pulakla punye cerita pinjam telekung aku ni. Seram sejuk gak aku. Hantu pompuan ke? Lepas disiasat, rupenya Puan ct yang selalu dtg ofis pinjam telekung aku. Apa yg dah jd ngan dia smpai xsmpt simpan telekung aku kat surau? hahahaha.. gini ceritanye.

Kami staf2 yg rajin lg berhemah ni sebenarnye balik sharp 530pm. sebab kami tak de OT. so, rugi kan buang ms keje smpai mlm xde OT. Ceh, berkira ngan bos. So, 530 mmg dah xdela nmpak batang hidung atau tangan kaki kiteorg kat sini. Pn ct ni nak ditakdirkan balik lambat. Suami dia guna kereta dia n lambat jemput dia. Dia ingat nak solat dulu. Sebab dah takut sgt tu yg amik telekung aku kat surau bwk gi bilik meeting. Tengah2 dia duduk situ bersantai, dia ternampak kelibat org melintas kat bahagian tengah ofis. samala kiranya mcm cerita si ADT tu. Tak taulah kelibat apa. Tapi bagi aku, kelibat tu byg2 org belakang je sbb kdg2 aku pun ade nmpk. Org belakang tu masak memasak kat ctu. Tu yg dia terus cabut lari dgn aircond tak xbertutup, lampu sumer terpasang. lepas kejadian tu, langsung dia xdtg sini lg dah. Hahahaha.. sape suruh dok lelama kat ofis kan. Nama pun menumpang, balikla awal. hahahaah

Lagi satu cerita Mr R kat surau sebelah. Dia kata tak de angin, xde ribut tibe2 pintu surau boleh terbuka n tertutup. Aku pun penah alami jugak tp aku siap belek2 lg pintu tu. Aku ni penakut jugak tp sbb waktu tu siang, aku tgk pintu tu jenis ringan. kalau kita lalu pun angin sikit pun leh buat pintu tu tertutup atau terbuka. Tak dela hantu mana pun. Diorg je yg besar2kan cerita. Tapi big bos aku sejak dok sebelah, dia mesti pasang ayat2 alquran kat ctu. Dia kata mmg dia rasa lain sgtla dok sebelah tu. Kadang2 dgr citer diaorg ni naik gak bulu roma. Cume aku xnak ikut sgt sbb kdg2 kalau kite terlalu taksub ngn cerita diaorg pun leh jd kita sama takut n ms tu la kita nmpk mcm2. kdg2 byg2 org pun kita kata hantu.

tu jela cerita aku hari ni. Sambil menaip ni aku terbayang jgkla hntu pakai telekung mcm mana aku terpikir ms mula2 nmpak telekung kat atas sofa guest. hahahaah

Monday, April 11, 2011

Tanda Ovulasi

Wanita dan Kesuburan

Bilakah Waktunya Tahap Terbaik Kesuburan Wanita?
Dan Bagaimanakah Caranya Untuk Mengenal Pasti Masalah Kesuburan Di Kalangan Wanita?

Secara umumnya wanita subur sebaik sahaja dia mencapai akil baligh iaitu apabila haid pertamanya keluar. Biasanya kanak-kanak perempuan mencapai akil baligh dalam lingkungan umur 12 tahun.

Lumrahnya, bagi seorang wanita, tempoh kesuburan berlangsung sehingga seseorang wanita mencecah umur 48 tahun iaitu sehingga berlaku putus haid (monopaus). Oleh itu dalam jangkamasa 36 tahun waktu subur tersebut, bagi wanita yang berumahtangga akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran.

Faktor penting berlakunya proses kehamilan :

  1. Waktu subur yakni wanita mengeluarkan ovum atau benih supaya dapat dipersenyawakan oleh benih lelaki iaitu sperma.
  2. Suami mempunyai sprema yang cukup dan sihat untuk proses persenyawaan.
  3. Saluran fallopio isteri mestilah berfungsi dengan baik atau tidak tersumbat.

Oleh itu bagi pasangan yang inginkan cahaya mata, inilah masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seksual atau persetubuhan atau sebaliknya elakkan hubungan bagi yang merancang untuk tidak ingin hamil.

Apakah Petunjuk Waktu Subur Wanita?

Kesuburan seseorang wanita berkait dengan keupayaan mengeluarkan ovum atau benihnya (proses ovulasi). Benih perempuan akan keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu tertentu sahaja.

Terdapat beberapa cara atau kaedah bagi menentukan seseorang wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah masanya benih tersebut keluar. Waktu mengeluarkan benih inilah waktu subur atau pun disebut sebagai fertile period.

1. Pusingan haid (menstruasi):

Kitaran haid seseorang wanita adalah satu fenomena yang kompleks. Kitaran haid ini berbeza untuk setiap wanita. Ia boleh berubah dengan bertambahnya umur. Bagi seseorang wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur setiap bulan biasanya subur.

Satu pusingan haid - ianya dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah sehari sebelum haid datang semula. Ianya meliputi jangka masa 28 ke 30 hari.

Dalam proses tersebut setiap wanita akan melalui satu lagi proses atau fasa iaitu proses ovulasi (fasa luteum) iaitu proses pengeluaran telur dari follikel yang telah matang), follikel akan membentuk corpus luteum. Corpus luteum inilah yang mengeluarkan hormon progesterone. Keadaan ini selalunya berpanjangan sehingga 12 - 13 hari kecuali dalam keadaan mengandung. Sekiranya tidak mengandung, corpus luteum akan berhenti membuat progesterone dan haid akan datang dalam masa sehari atau dua selepas itu.

Bagi kebanyakan perempuan, fasa luteum ini adalah 14 hari. Ada wanita yang tidak subur yang mengalami fasa ini dengan lebih singkat. Untuk tujuan pengiraan sekiranya anda tidak tahu, fasa luteum ini diambil sebagai 14 hari.

Selain itu ada beberapa tanda yang biasanya berlaku pada masa keluaran benih seperti ada rasa sakit atau senak dibahagian bawah perut dan pengeluaran lendir yang berlebihan dari kemaluan. Kadangkala lendir ini berwarna coklat, jernih dan mudah dijalurkan atau stretchable dan rupanya seperti putih telur mentah. Sebaik sahaja lendir keluar, lendir bertukar bentuk menjadi lebih kesat dan pekat.

2. Catatan suhu badan (Basal Body Tempreture atau BBT):

Catatan suhu perlu dilakukan dengan menggunakan jangka suhu atau thermometer khas yang digelar "ovulation thermometer". Catatan suhu badan ini perlu dilakukan sebaik sahaja bangun dari tidur (sebelum mandi). Persediaan awal perlu dilakukan pada malam sebelumnya iaitu dengan menggoncangkan thermometer supaya tanda raksa akan turun ke paras yang paling rendah. Apabila hendak mengambil suhu badan, thermometer tersebut perlu dimasukkan ke dalam mulut selama dua atau tiga minit. Catatan suhu badan ini sepatutnya dilakukan setiap hari kecuali pada masa datang haid.

Biasanya suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih dan sejurus kemudian ianya akan meningkat naik sebanyak 0.2 darjah celcius dan kenaikan suhu badan ini akan berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Sekiranya bentuk carta sedemikian tidak diperolehi maka seseorang wanita itu mungkin alami masalah tidak mengeluarkan benih dan seterusnya tidak boleh hamil.

3. Pemeriksaan bendalir pada pangkal rahim:

Semasa subur, bendalir serviks menyerupai putih telur yang mentah akan dihasilkan (jernih atau tanpa warna). Ia dihasilkan dalam kuantiti yang banyak. Setelah ovulasi selesa, bendalir serviks ini menjadi semakin pekat, kental, berwarna keputihan dan kuantitinya semakin berkurangan. Jadi kita boleh memeriksa bendalir serviks ini yang biasanya melekat pada seluar dalam atau kawasan faraj kita.

4. Pemeriksaan posisi pangkal rahim:

Kita boleh menyentuh serviks sendiri dengan memasukkan satu jari secara perlahan-lahan ke dalam faraj. Sewaktu kita subur, serviks dikatakan terletak tinggi di dalam faraj dan terasa lembut.

Bagi seseorang wanita yang mengalami masalah gangguan haid tidak teratur atau kesukaran untuk hamil maka anda digalakkan menemui Dr. Sakit puan dan kemungkinan akan menjalani ujian-ujian berikut:

  1. Ujian Darah:
    Ujian darah untuk mengesan paras hormon boleh juga digunakan untuk menentukan wanita itu keluar benih atau tidak. Sukatan paras hormon progesterone dilakukan pada hari ke-21 hingga 25 dalam pusingan haid. Manakala bagi wanita yang pusingan haid mereka tidak teratur seperti datang haid sekali dalam tiga bulan ataupun sekali dalam enam bulan, biasanya tidak subur kerana benih tidak keluar dengan teratur. Dalam hal demikian beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengesan punca masalah tersebut. Antara ujian yang penting ialah menyukat paras hormon dalam aliran darahnya seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) dan prolaktin.

  2. Ujian D & C:
    Ujian D & C selalunya dilakukan oleh doktor kepada wanita yang mengalami masalah kurang subur. Ia merupakan tatacara pembedahan kecil di mana saluran pangkal rahim wanita itu dikembangkan. Proses ini digelar dilatation. Ruang rahim kemudian dikikis dengan alat tajam yang digelar curettage. Tatacara ini memberi manfaat kepada sesetengah wanita yang pangkal rahim mereka sempit dan ini mungkin memudahkan perjalanan benih lelaki ke dalam sistem peranakan.

    Melalui proses mengikis ruang rahim ini juga membantu doktor mengeluarkan tisu yang tidak normal untuk membolehkan kehamilan berlaku.

    Sesetengah doktor melakukan insufflation iaitu memancutkan air berwarna ke dalam saluran peranakan ketika melakukan D & C itu. Tatacara ini bertujuan untuk menguji sama ada salur fallopian terbuka atau tersumbat dengan melihat pengaliran air yang dipancutkan itu. Ujian ini jarang dilakukan pada masa sekarang kerana seringkali ia tidak memberi kepastian mengenai keadaan saluran peranakan tersebut.

    Prosedur ini secara tidak langsung juga dapat membantu doktor mengenalpasti samada seseorang wanita itu boleh mengeluarkan benih ataupun tidak.

  3. Pemeriksaan Fizikal:
    Bahagian tubuh badan wanita yang patut diperiksa termasuklah:
    • Buah dada
    • Kilang tiroid pada leher
    • Sistem peranakan
    Pemeriksaan leher adalah bertujuan untuk mengesan ketumbuhan pada kilang tiroid yang biasanya boleh mengeluarkan hormon tiroksina berlebihan dan seterusnya mengganggu pengeluaran benih.

    Pemeriksaan buah dada pula bertujuan untuk mengesan ketumbuhan dan pengeluaran air susu kerana jika keadaan ini berlaku ada kemungkinan imbangan hormon dalam darah wanita itu terganggu. Mungkin paras hormon prolaktin tinggi dan ini mengganggu pengeluaran benih perempuan.

    Pemeriksaan sistem peranakan ini adalah sangat penting untuk menentukan sama ada sistem peranakan seseorang wanita itu normal atau tidak. Sistem ini melibatkan faraj, pangkal rahim, saluran peranakan dan kilang ovari. Berbagai-bagai cara digunakan untuk memeriksa dan menilai system peranakan ini. Biasanya setelah doktor memeriksa kemaluan dan peranakan seseorang wanita itu, dia dapat menentukan secara kasar sama ada sistem peranakannya normal ataupun tidak.

  4. Pemeriksaan Laparoskopi:

    Ia merupakan pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat. Menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sesuatu penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan yang sewajarnya perlu diberi.

    Pemeriksaan laparoskopi ini juga sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis. Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Menurut kajian Dr. Hamid Arshat Pakar, iaitu Pakar Sakit Puan yang terkenal di negara kita, kejadian penyakit ini kini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinan ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.

    Selain itu juga wanita yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kerapkali juga dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.

    Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi’ dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad. Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.

  5. Ujian Hysterosalpingogram (X-Ray)

    Ia merupakan ujian yangn dilakukan pada seseorang wanita yang dikesan saluran peranakannya tersumbat. Prosedur ujian ini khusus untuk melihat ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil. Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur dikhuatiri akan memberi kesan buruk kepada bayi sekiranya berlaku kehamilan akibat terdedah kepada bahangan atau sinar X-ray.

    Semoga tulisan bulan ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada anda berhubung dengan anda dan kesuburan.

  6. Pemeriksaan menggunakan alat Clear Plan:

    Kaedah ini digunakan untuk menguji tahap hormon LH di dalam air kencing . Hormon LH dari kalenjar pituitary akan meningkat naik sekali dalam sebulan pada tubuh wanita yang subur. Hormon LH ini akan bertindak ke atas ovari seolah-olah memberitahu ovari bahawa masa ovulasi telah tiba. Kaedah ini hanya digunakan dengan nasihat dan khidmat doktor

Untuk maklumat lanjut, boleh layari http://mengandung.com

Semakin hari semakin jauh berjalan

Bila anak lahir, kita sibuk nak suruh dia cepat besar... meniarap, merangkak, berdiri, berjalan dan berlari. Bila dia dah semakin besar, kita rindukan pulak saat2 dia masih baby. Lumrah manusia kan... ada saja yg tak puas hati. Tapi waktu yang pergi takkan sesekali datang balik. Sekali kita terlepas, kita takkan dpt ulang semula. Sebab itulah masa itu ibarat emas. Malah, lebih mahal dari emas.

Sekarang ikram dah pandai jalan. Buka je mata terus nak bangun dan ajak jalan. Seronok tgk dia membesar dgn sehat...Harap dia terus belajar dan belajar sampai hujung nyawa. Jadi org yang berilmu dan beramal dgn ilmu :-)


Pantun untuk Ikram, ceh, tetibe je nak berpantun:

Sematkan iman di dalam dada
Letakkan Islam dalam hati
Anak yang baik mendengar kata
Hidup berbakti dan berbudi

Ok tak? hehehe




Friday, April 8, 2011

Sabar saudaraku...

Menitis air mata aku melihat baby yg tak berdosa dikapankan depan mata aku sendiri. Ibunya masih di wad ICU kerana sakit drh tggi. Aku nak cerita kisah saudara aku yang terpaksa berpantang tanpa baby 2 tahun berturut2.

Tahun lepas ms aku mengandungkan si ikram, dia mengandung jgk. Aku masih igt lg terserempak dgn dia kat klinik. Terkejut aku tgk dia tak bersalin lagi sdgkan aku rasa dah smpai due. Dia cuma cakap dlm nada gurau yg anaknya nak menyambut tahun baru. Nampak dia aktif mcm biasa. Beberapa hari lepas tu dpt berita yang anak dlm kandungannya meninggal 3jam sebelum bersalin. Diceritakan anaknya lemas. Wallahua'lam... aku tak berani tanya lanjut sebab takut dia sedih...

Rabu lepas sekali lagi dia kehilangan babynya. Kali ni kisah dia agak kritikal kerana dia dimasukkan ke icu sebab darah tinggi. Anaknya tak dpt diselamatkan. Dia tak sedar diri utk beberapa hari dan bila sedar darahnya naik lg sebab tahu yg anak nya meninggal. Aku tak tahu nak gambarkan perasaan dia. Mesti terlalu sedih dan tekanan yang terlampau. Dia mesti kuat. Dia ada 2 org anak lagi yg sdg membesar. Dia mesti teruskan hidup demi anak2 nya. Pastinya baby yg dah pergi mengadap Ilahi setia menunggunya disyurga... Indahnya kisahnya kat akhirat nnt.

Aku speachless bila igt kisah dia ni. Tak tahu nak ckp dan tak tahu nak nasihatkan dia suruh bersabar ke camne. Sebab aku tak layak nak nasihat mcm tu. Aku tak penah alami dan aku tak nak alami pengalaman tu. Aku tak kuat. Yang aku boleh buat cume aku berdoa moga Allah berikan mereka sekeluarga kekuatan dan semangat untuk terus hidup. Anggaplah semua dugaan ni tiket utk ke syurga.


Saturday, March 26, 2011

Zuriatku Setahun!!!


Alhamdulillah... syukur kehadrat Allah yg Maha Esa kerana dengan izinnya Ikram akan menyambut hari lahirnya yg pertama. Syukur... Syukur..

Tahun 2011 ni adalah tahun ke 4 perkahwinan kami. Walaupun diuji dengan lambatnya mendapat zuriat, tetapi aku tetap gembira. Pastinya semua yang terjadi ada hikmah tersembunyi. Perkahwinan pada 2007 sehinggalah disahkan mengandung 2009 merupakan saat getir bagi kami suami isteri. Pelbagai cara dan pelbagai ubat kami cuba untuk mendapatkan zuriat yang seorang ini. Mungkin bagi yang mudah mendapat zuriat, keadaan kami ketika itu diperlekehkan. Sindiran, pertanyaan tentang anak betul2 menyebabkan hati aku seorang wanita tersentap. Tetapi aku yakin, Allah tidak wujudkan ujian dan dugaan sebegitu hebat utk hambanya melainkn Dia tahu bahawa hambanya itu kuat menerima dugaan.

Jika dibandingkan aku dan kakak2 aku, hanya aku seorang saja yang bermasalah. Mereka lebih mudah untuk mendapatkan anak. Tetapi aku berganda2 susah. Syukur akhirnya doa aku dimakbulkan dan pastinya kehadiran Muhammad Ikram Baihaqi menyerikan lagi rumahtangga kami. Syukur ya Allah. Pada 1 April 2011 ini akan cukuplah setahun Ikram lahir ke dunia.

Sebagai manusia, aku tidak mampu mengharapkan lebih. Jika ada rezeki lagi, aku akan terima dengan hati yang terbuka kerana aku tahu keadaan aku dan Allah tahu kemampuan aku. aku bukanlah seorang sahaja di dunia yang menerima ujian hebat begini. Masih ramai lagi di luar sana yang bertahun-tahun lamanya perkahwinan mereka tanpa anak. Tabahnya hati mereka dan aku mendoakan moga suatu hari Allah akan memberi mereka peluang bergelar ibu dan bapa. Sungguh, perasaan menjadi ibu adalah perasaan yang sukar untuk digambarkan. Oleh itu aku benar2 berdoa agar mereka yang sukar mendapat zuriat akan memperolehnya tidak lama lagi. Amiin.

Langkah Pertama

Ikram dah boleh melangkah sedikit demi sedikit. Perasaan kami sangat teruja dikala melihat dia mula berjalan. Walaupun jika dibandingkan dengan anak2 lain, setahun itu agak lewat tetapi kami bersyukur kerana Ikram sihat dan sentiasa gembira. Dia tidak banyak meragam malah kuat ketawa. Sekali lagi saya rasa sangat2 bersyukur memperoleh anak seperti dia.

Ada orang katakan yang perkembangan anak2 tidak sama. Ya, memang betul. Ikram berbeza aturan perkembangannya. Dari meniarap, dia terus duduk dan berdiri. Merangkak langsung tak buat. Pada mulanya hati aku risau juga tetapi bila bertanyakan hal ini pada rakan2. kata mereka ianya normal dan kanak2 tidak sama perkembangannya. Syukur Alhamdulillah... walaubagaimanapun, aku tetap bersyukur dan berdoa moga Ikram menjadi anak yg soleh dan mendengar kata.

"Ya Allah, jadikanlah anakku Muhammad Ikram Baihaqi seorang anak yang sentiasa sihat, soleh, cantik, cerdik, cergas, cerdas, disayangi semua, dipelihara Allah sentiasa dan taat perintah kedua ibu bapa" Amiin..



Tuesday, March 15, 2011

Apabila Allah Memberikan Peringatan


Sana sini cerita tentang tsunami. Berpuluh ribu yang terkorban dalam kejadian gempa tersebut. Bayangkan ketika kejadian, kita ada di sana. Sedang bersuka ria... bercuti bersama keluarga, tiba2 air yg entah dari mana meneggelamkan kita. Sekelip mata nyawa kita melayang, anak entah ke mana... harta lenyap sekelip mata. Itulah kuasa Allah. Tak ada tolok bandingnya. Walau hebat mana teknologi dan kepandaian manusia, kuasa Allah melebihi segala2nya.

Aku teringat.... betapa banyaknya dosa aku yg lalu. Yg aku sedar mahupun yang aku langsung tak sedar. Dosa dengan Allah, dosa dgn suami, dosa dgn mak abah, dosa dgn adik beradik, dgn masyarakat, dgn kawan.... oh, terlalu banyak. Ya Allah, sedarkanlah aku, berilah aku kekuatan utk bertaubat... sebenar2 taubat!

Apabila musibah menimpa kita yang lemah ini, seramai manakah antara kita yg sedar utk bertaubat? Mungkin ada yg mengeluh telah hilang pekerjaan, hilang harta, tapi ada tak yang mengeluh tidak sempat bertaubat? Andainya saat itu aku mati.......... Kemana halatuju ku? Syurga atau neraka?


Kiamat sudah dekat

Bila terjadinya tsunami minggu lepas, mulalah kita bercakap tentang kiamat. Tapi lama kelamaan apabila dunia makin tenang, masing2 langsung tak ingat tentang kiamat. Umpama tidak ada apa yang berlaku. Betapa nipis nya iman kita. Kita langsung tak ambil ikhtibar dgn peringatan yg Allah turunkan.

Antara tanda-tanda KIAMAT KECIL berdasarkan hadis:

1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "saya menghitung 6 perkara menjelang - hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
" Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid"
- Riwayat -Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia"
- Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. "Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".

10) Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit."
- Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar." - Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai" - Sahih Muslim

Sumber: http://www.al-azim.com/~beringin/agama/menu.htm

Antara tanda2 KIAMAT BESAR yang aku petik dari blog 40hadith.blogspot.com

  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Marilah kita renungkan sejauh manakah amalan kita agar kita mati dalam husnulkhotimah... Wallhua’lam

Wednesday, January 5, 2011

Perkembangan Ikram- 9months


1/1/2011 genaplah 9bulan ikram hidup di dunia ini. Alhamdulillah... sepanjang usianya, dia seorang anak yang sehat dan baik. Sebelum melangkahkan kaki ke dunia 9bulan, dia dah demam dulu. Kata org tua2, demam nak besar. Sangat2 betul... Lepas sehat saja dari demam, mcm2 telatah dia dan org kata makin panjang akal.

Ikram masih meniarap n guling2... kalau nak compare dgn sepupu dia yg lahir lewat 12 hari, ikram mmg jauh tertinggal. Tapi perkembangan bayi berbeza. Yang penting dia sehat dan normal. Mulutnye makin becok. Kadang2 rs nak gelak dgr suara kartun dia. Alhamdulillah... nampak dia makin cerdik terutama bila dia dah pandai demand.

Seperti yang korang tau, babysitter ikram masuk wad 2mggu. so, Ikram dah lama tak duduk dlm carseat sepanjang babysitter masuk wad sebab dia duduk dgn wan n atok dan kdg2 dgn abi. So, xyah guna car seat sebab kami tidur terus rumah wan n atok. Tapi, minggu ni, dia dah kene pergi school balik. So, kenela guna carseat tu. Alamatnya, pagi2 dah nangis mintak kesian. Air mata meleleh2 xmo duduk kat situ. Puas pujuk dan akhirnya sama ms baby2 dulu, bagi kunci terus senyap. Pelik kan? Apa yang best dgn kunci? :-)
Inilah friend Ikram dalam kereta "Freddies The Firefly"

Teringat masa ikram baby dulu. ummi terlanggar kereta orang gara2 main kunci dengan Ikram. Sampai skrg kereta ummi yg kemek depan tu belum ketuk lg. hehehe... tak pela... xnampak sgt pun. Yang penting ummi and Ikram masa tu ok2 jer... Gigil jugak la ummi kan. Alhamdulillah jugak tuan empunya kereta yg dilanggar tu tak mengamuk. Dia memahami dan tak marah. Syukur sgt... Tu adalah pengalaman pertama ummi accident setelah 3tahun bwk kereta (masih amatur.. hehe..) lepas pengalaman tu, ummi terus beli mcm2 permainan utk ikram. Peneman masa dlm kereta. Takut tragedi berulang. Sekarang Ikram dah besar,.. dah tak mahu lg permainan dlm kereta. dia nak jugak kunci tu... huhu!

Minggu lepas kiteorang bawak Ikram ke beach. Kami tidur semalaman kat Port Dickson. Dia memang suka main air. Tapi bukan mandi laut sebab rupanya dia takut laut. ummi excited nak mandi sama. Tapi, di sebabkan dia tak nak masuk laut, so, terpaksalah ummi diam2kan saja hasrat hati tu. Hehehe... itu masa 1st time jer. Esoknya kami pergi lagi sebab kami bermalam kat sana. Usaha lagi. Finally we find out... he really excited! Semalam tu maybe air nak pasang. So, ombak kuat sikit. Tapi pagi ni ombak takde, air tenang je.. so, dia pun suka. Dapatlah ummi berendam kejap. Gambar belum transfer lagi.. next time ye...

Panjang lagi nak cerita. Tapi, tangan dah lenguh menaip... nnt kite tgk part 2 pulak.. apa lagi perkembangan dia :-)

Tuesday, January 4, 2011

Penyakit Tibi


Selama hidup aku, aku tak pernah nak tahu apa itu penyakit TIBI ni. Yang aku tahu dia adalah sejenis penyakit yang agak berbahaya iaitu batuk kering. Oleh kerana babysitter anak aku terkena penyakit ini, maka aku nak kongsi pengetahuan tentang penyakit ni.

TIBI ialah sejenis penyakit yang merbahaya yang boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan sempurna. Disebabkan oleh bacteria TIBI (Tubercle Bacilli) dan hanya boleh dilihat dengan mikroskop. Bakteria ini biasanya menjangkiti paru-paru dan boleh menyerang organ-organ lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar leher, buah pinggang, kulit dan lain-lain.

Bagaimana TIBI Merebak ?

Bakteria TIBI disebarkan melalui udara. Pesakit TIBI yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta bacteria TIBI terawang-awang di udara seketika apabila bersin atau batuk. Individu yang menyedut udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti bacteria TIBI. Biasanya pesakit TIBI boleh menyebarkan bacteria TIBI kepada individu yang berhubung rapat dengannya.

Tanda-Tanda TIBI

  • Batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu
  • Kahak yang mungkin mengandungi darah
  • Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
  • Susut berat badan dan hlang selera makan
  • Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
  • Mudah menjadi letih

Cara Mengesan Penyakit TIBI

Jika anda mengalami batuk yang berterusan atau tanda-tanda yang disebutkan tadi hendaklah :-

  1. mendapatkan pemeriksaan doktor
  2. melakukan pemeriksaan kahak untuk mengenalpasti bakteria TIBI
  3. menjalani pemeriksaan x-ray dada

Rawatan

Penyakit TIBI mengambil masa 6 bulan di bawah penyeliaan anggota-anggota kesihatan yang dilantik.

  • 2 bulan pertama dengan 4 jenis ubat diambil setiap hari
  • 4 bulan berikutnya dengan 2 atau 3 jenis ubat yang diambil 2 kali seminggu

Pencegahan

  • Bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan suntikan dos ke 2 sekiranya tiada bekas parut dna pada umur 12 tahun.
  • Sekiranya batuk yang berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor
  • Kontek iaitu ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pengidap TIBI dalam tempoh yang lama hendaklah datang membuat pemeriksaan di klinik atau di hospital kerajaan

Sunday, January 2, 2011

Kisah Kelakar


(i) Seorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu.

Satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu.
Polis meminta pelacur-pelacur itu membuat satu garisan lurus. Semua beratur.

Tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu jalan bongkok-bongkok dan setelah
melihat cucunya berbaris dia bertanya: "Kenapa kamu berbaris di sini?"

Cucu pula untuk menghalang neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong dengan
mengatakan ada dermawan akan menderma buah orange dan sebab itulah beliau berbaris.
Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia teringatkan cucu-cucunya yang lain yang
mungkin mengharapkan beliau membawa pulang buah-buahan.
Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya.Dia berbaris di belakang.

Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang berbaris itu.
Apabila dia sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir, dia terkejut kerana tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam tiada kudrat.
Dia tercengang lalu tertanya: "Kamu tua, bagaimana kamu lakukannya?"

Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan orange itu) menjawab:
"Oh senang je. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering."

(ii) Suatu hari seorang raja bijak yang kebosanan telah memanggil semua penglipur lara istana. lalu berkata "hari ni beta nak dengar cerita apa2 cerita yang tak biasa beta dengar, barangsiapa yang boleh bercerita silakan..beta akan hadiahkan 2000 dinar!!!"
Maka bangunlah seorang penglipur lara, bercerita dgn penuh hebat dan semangat..semua orang berasa lucu dan bergelak tawa, kecuali raja. Raja berkata "cerita nih dah biasa beta dengar!" Lalu hampalah perasaan penglipur itu tadi untuk mendapatkan 2000 dinar.
Maka bangkitlah seorang penglipur lara yang lain tidak berpuas hati atas tindakan tuanku itu tadi..Lalu bercerita dengan ekstrem yg tidak pernah siapa2 pun dengar sebelum ini...Semua org terpegun dan bergelak ketawa, kecuali raja, lalu berkata "Aaaah, citer dah biasa dengar..." Maka malulah si penglupur itu tadi bercampur marah dan dendam.
Bangun seorang Penglipur lara yang bijak melihat gelagat tuanku. Lalu mula bercerita.
"Pada suatu masa dahulu, untuk pengetahuan tuanku, arwah bapak tuanku dengan arwah bapak saya kawan baik. Tapi bapak tuanku pada waktu itu hidup susah lalu pinjam duit ke bapak saya. Pinjaman sebanyak 2000 dinar, tapi tak mampu untuk bayar balik. Maka bapak tuanku pun berpesan ke bapak saya sebelum dia mati "Nanti bila anak aku dah besar suruh dia bayarkan balik hutang2 aku tu kepada anak ngko ye?"
"Apa macam tuanku? Cerita biasa dengar ke tak biasa dengar?" tanya si penglipur lara berpuas hati teramat sangat sambil melihat tuanku yang terkial2 nak menjawab.