Showing posts with label Kebajikan. Show all posts
Showing posts with label Kebajikan. Show all posts

Tuesday, September 8, 2009

Puasa Si Miskin

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Saturday, September 6, 2008

Sumbangan : Program Ramadhan

Pihak Jawatankuasa Jejak Fakir Negeri Sembilan 2008 dengan ini merayu sumbangan kepada mereka yang berkemampuan untuk bersama menyumbang bagi menzahirkan sedikit senyuman pada wajah keluarga fakir miskin yang amat memerlukan khususnya di bulan Ramadhan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelang tiba.



Program ini adalah merupakan kali ketiga setelah bermula sejak tahun 2005. Misi program ini adalah untuk mendekati masyarakat yang memerlukan bantuan barangan dan kewangan secara terus. Jawatankuasa program telah mengenal pasti 47 keluarga fakir miskin setakat ini.



Bantuan kali ini akan ditumpukan di kawasan Rembau dan sekitarnya seperti Linggi dan Tampin. Pihak Jawatankuasa akan cuba mengumpulkan bantuan barangan makanan asas, pakaian (baru dan terpakai) serta bantuan kewangan untuk keluarga tersebut. Bantuan barangan atau kewangan yang diperlukan disenaraikan dibawah.



Sumbangan boleh diserahkan kepada cheGuBard http://chegubard. blogspot. com atau kepada Penyelaras Program Sdr Azizi Aziz 0123696474



Laporan program akan dihantar kepada semua penyumbang.

Senarai Barangan Bantuan:
Beras 15% hancur Cap Rambutan 10 Kg - 1 Pek RM 35.00
Gula pasir 1Kg x 2 pek - RM 2.90
Susu Pekat Manis 2 Tin x RM 2.10 RM 4.20
Tepung Cap Sauh 1Kg x RM 2.20 RM 2.20
Minyak Masak Cap Kapal 1Kg x 2 Pek x RM 2.50 RM 5.00
Bihun Cap Bintang 1 x 1 pek x RM 2.20 RM 2.20
Biskut Hup Seng x 1 Pek x RM 4.00 RM 4.00
Duit Tunai RM 50 x 1 Keluarga RM 50.00


Peruntukan yang diperlukan untuk satu keluarga ialah RM 105.50.

Jumlah keseluruhan untuk menjayakan program ini ialah
RM 105.50 x 47 keluarga : RM 4,958.50.



Pihak Jawatankuasa mengharapkan sumbangan dari pihak yang prihatin. Resit akan dikeluarkan atas permintaan.


Semoga Allah dapat membalas atas jasa dan sumbangan para penyumbang yang budiman.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank A/c Bank Hong Leong 19951001018 (Badrul Hisham Shaharin) ,
sila emailkan ( chegubard@gmail. com ) atau sms 0176688404
makluman jumlah bank in tersebut. atau boleh hantar ke
Pusat Khidmat Rakyat Rembau,
No. 390, Taman Seri Rembau,
71300 Rembau,
N.Sembilan

Thursday, August 7, 2008

Bantuan Diperlukan


Khabar terkini Adi Rahman (17/7/2008)

Rawatan Adi masih diteruskan di Hospital USM Kubang Kerian, Kelantan. Suriani hanyalah seorang suri rumah, dan suaminya bekerja sendiri (kerja kampung), mereka tinggal di Kuala Terengganu. Suriani mengakui mereka tidak pandai untuk mendapatkan sokongan mana-mana pihak tertentu, tidak tahu jalan-jalan yang boleh diambil untuk mendapatkan bantuan. Beliau telah mencuba memohon bantuan dari Jabatan Kebajikan atas nasihat Doktor dan Jururawat. Jabatan kebajkan hanya meluluskan RM250 sebagai kos tambang perjalanan beliau untuk mendapatkan rawatan sahaja. Berikutan itu, beliau amat memerlukan sumbangan dari semua yang sudi membantu untuk menanggung kos rawatan dan belanja sehari beliau sepanjang menemani Adi menjalani rawatan di HUSM. Tolonglah beliau kerana dia hanya mempunyai seorang adik lelaki manakala ibu dan ayahnya sudah lama tiada. Disamping bantuan keluarga yang tidak seberapa bantuan dari kalian amatlah berharga untuk beliau yang mempunyai 2 lagi anak yang sudah bersekolah.