Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Thursday, October 22, 2009

Wanita lahirkan bayi lelaki dalam pesawat Airasia

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mengandung tujuh bulan melahirkan bayi lelaki dalam pesawat AirAsia ketika dalam penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuching, malam tadi.

Liew Siaw Hsia, 31, selamat melahirkan bayi pramatang dengan bantuan seorang doktor yang dikenali sebagai Ronald dan krew pesawat itu yang menyediakan tempat sesuai bagi membolehkan wanita berkenaan melahirkan bayinya.

Pembantu Khas Pengerusi AirAsia, Edd Razhe, berkata wanita itu mengadu sakit perut selepas kira-kira setengah jam pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang pada jam 7.05 malam. Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan penerbangan AK5606 itu terpaksa mengalihkan laluan ke Terminal Penerbangan Murah (LCCT) di Sepang.

"Sebaik mendarat, ambulans yang telah sedia menunggu di lapangan terbang itu terus membawa wanita berkenaan bersama bayinya ke Hospital Putrajaya untuk rawatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Edd berkata, sebagai tanda penghargaan, AirAsia akan memberikan penerbangan percuma kepada Liew dan bayinya ke semua destinasi penerbangan untuk seumur hidup.
Beliau berkata, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Datuk Seri Tony Fernandes, yang berada di Bangkok, Thailand, akan pulang ke Kuala Lumpur bagi meraikan kelahiran bayi itu pada satu majlis istimewa di Hospital Putrajaya petang ini.

"AirAsia juga meminta Dr Ronald yang sama-sama membantu menyambut kelahiran bayi itu agar menghubungi AirAsia untuk diberikan penghargaan atas jasa dan bantuan yang diberikan," katanya. - Bernama


Resthour: Beruntung empunya badan. Agak2 kalau dah dekat due nanti, Air Asia terima tak aku naik flight tu? huhuhu

Tuesday, October 6, 2009

Waktu gempa sama dgn ayat & surah dlm Quran...masyaAllah

“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”




17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”




8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

sumber; eramuslim

Resthour: Wallahua'lam... pastinya apa yang terjadi itu ada sebab dan ada petunjuk yang Allah berikan samada kita sedar atau tidak. Sesungguhnya manusia sering alpa dengan kemewahan dunia sehinggakan akhirat dilupakan.







Friday, August 14, 2009

Ustaz Asri Dalam Kenangan.


Mungkin belum terlambat untuk aku mengucapkan salam takziah kepada Ahli keluarga Ustaz Asri Rabbani atas pemergian beliau menghadap Allah pagi semalam. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al fatihah...

Sila click DI SINI untuk membaca dengan lebih lanjut.

Inikah Petanda- Rabbani feat Mawi

Sunday, August 2, 2009

Mangsa H1N1 Semakin Meningkat


Sebagai rakyat yang sentiasa prihatin, aku rasa jumlah angka kematian ini adalah ditahap membimbangkan. Apa yang kerajaan tunggu lagi untuk membanteras masalah ini? Mungkinkah mereka ingin melihat darah daging mereka sendiri menjadi mangsa virus pembunuh ini? Kita tunggu dan lihat. Hari ini, satu lagi mangsa baru. Mangsa ini hanya demam sehari dan terus meninggal. Tiada simtom2 lain. Adakah ini masih dikatakan TIDAK SERIUS?

Aku menyeru pada pihak berwajib. Tolonglah buat sesuatu untuk mengelakkan virus ini dari menular.

Petikan dari utusan:

Kanak-kanak lelaki 11 tahun mangsa keenam H1N1
02/08/2009 3:51pm

KUALA LUMPUR 2 Ogos — Malaysia mencatatkan kematian keenam akibat jangkitan Influenza A(H1N1) apabila seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun yang dimasukkan ke hospital akibat komplikasi jangkitan disahkan meninggal dunia pagi ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata kanak-kanak itu dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu pada Rabu lepas dengan simptom demam selama sehari.

“Tiada simptom batuk dan tanda-tanda gangguan pernafasan lain. Semasa dalam rawatan keadaan klinikal pesakit bertambah tenat dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi pada 30 Julai (Khamis),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dr Mohd Ismail berkata hasil pemeriksaan mendapati pesakit mempunyai jangkitan paru-paru dan myocarditis. Pesakit disahkan menghidap jangkitan virus H1N1 pada pukul 11 pagi semalam.

“Akibat komplikasi jangkitan, pesakit disahkan meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi, 2 Ogos 2009 semasa dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya. - Bernama

Wednesday, June 10, 2009

Ideologi Kamal Artatuk


1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.

Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?". Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan". Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.

Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (saya tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan mar-mar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu mar-mar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Renung dan fikirkanlah!

Green Bean Soy Drink






Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia.

Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.

Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya.....


Apa kejadah ni? Dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???


Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di...... di negara yg dah mmg tersohor bubuh melamine dalam susu!!


Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.

Thursday, June 4, 2009

Thursday, May 28, 2009

Apabila Anjing dan Kucing Boleh Bersama



Dapat tak kita fikirkan tentang gambar di atas? Gambar di atas menunjukkan anjing dan kucing boleh berpelukan untuk menghangatkan badan masing-masing ketika sejuk. Manusia sesama manusia bagaimana pula? Masih bercakaran dan bergaduh walaupon sesama manusia, sesama bangsa dan sesama agama. Mungkin bagi binatang ini, tidak ada yang lebih berharga dari kehidupan. Tetapi manusia berfikir bahawa yang paling berharga adalah harta dan wang ringgit.

Fikir-fikirkanlah. kita ada otak dan akal. Bijak lah berfikir dan matanglah bertindak.

Wednesday, May 27, 2009

Tuesday, April 14, 2009

Lagi Budak Perempuan Hilang

Seorang kanak-kanak perempuan hilang,

Assalamualaikum

Mohon bantuan kepada sesiapa yang ada terjumpa anak saudara saya :

Nurhidayah Binti Surip (umur 11 tahun) yang telah hilang dari Asrama Anak Yatim Darul Kifayah, Tmn Koop Polis, Gombak sejak hari Isnin 6 April 2009 .

Jika ada maklumat sila hubungi :

Abdul Razak Bin Salim
HEP Politeknik Johor Bahru
0177011038 / 0169326003

atau Sjn.Dalila IPK Kuala Lumpur.

Juga saya mohon bantuan sebarkan maklumat kepada rakan-rakan terutamanya di sekitar KL


Thursday, April 9, 2009

Era Baru


Hari ni, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan barisan kabinet yg menjadi tonggak kepada pembangunan negara. Apa yg aku harapkan, para pemimpin ini akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh jujur dan ikhlas kerana Allah dan bukan kerana wang dan harta. Aku harap jugak agar ada perubahan yang dilakukan untuk kesejahteraan dan kemakmuran negara Malaysia yang tercinta.

Dalam hati aku, aku ada pilihan sendiri siapa yang layak memegang tampuk pemerintahan Malaysia. Tapi, aku tak mahu cerita dan nyatakan kat sini. Tak apalah kalau dia tak jadi PM tapi aku doakan DS Najib akan dapat menjalankan tugasnya lebih bagus dari yang aku harapkan. Cuma, dalam hati aku, aku masih was2. Tak tahu kenapa. Kali ni, aku rasa lain sangat. Tak sama perasaan saat menerima PM baru ini berbanding perasaan aku sms Tun Abdullah mula2 menjadi PM. Aku tak tahu kenapa.

Aku ingin melihat beberapa perubahan yang bakal DS Najib buat:

  1. Membangunkan undang2 dan garis panduan etika berpakaian bagi golongan artis. Bak kata orang, artis ni sbg role model utk remaja. Kata orgla, bukan kata aku sbb role model aku adalah Rasulullah saw
  2. Menghapuskan PTPTN tetapi mewujudkan satu dana untuk anak bumiputera sambung belajar. Maknanya, biasiswa.
  3. Mengubah PLKN dari yang bersosial kepada yang berbentuk Islam. Aku nakkan pemuda dan pemudi Islam yang sebenar bukannya ahli gengster atau remaja yang semakin teruk.
  4. Membuat hubungan baik dengan ulamak di Malaysia. Bukan menghina dan memandang rendah mereka.
  5. Menggubal undang2 berkaitan kebebasan beragama selepas umur 18tahun. Aku tak mahu lagi dengar dan baca tentang umat Islam yang murtad

Ini sahaja yang aku nak tgk dia buat. Walaupun simple harapan dan permintaan aku ni, tetapi sgt berat untuk dia lakukan.

Kat bawah ni Menteri2 kabinet yang membantu pentadbiran beliau:

Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak

Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:

Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah

Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat

Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal

Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas

Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar

Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri luar
Datuk Anifah Aman

A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)


Press Release by Bank Negara Malaysia - Fraudulent SMS and Telephone Calls

No. Ruj.: 04/09/01 EMBARGO: Untuk siaran segera

SIARAN AKHBAR

"Berhati-hati dengan SMS dan Panggilan Telefon Palsu yang Meminta Pengesahan Transaksi Kad Kredit"

Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila menerima panggilan atau khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa dibuat oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana bank perdagangan.

Hakikatnya:
 Tiada jabatan “Unit Kad Kredit Palsu” di Bank Negara Malaysia
 Nombor telefon 8659-XXXX bukan talian telefon Bank Negara Malaysia
 Bank Negara Malaysia TIDAK PERNAH meminta sebarang maklumat perbankan peribadi daripada orang ramai sama ada melalui SMS mahupun panggilan telefon.

Berdasarkan aduan yang diterima oleh Bank Negara Malaysia kebelakangan ini, terdapat peningkatan dalam kejadian panggilan telefon atau SMS palsu kepada orang ramai yang tidak mengetahui mengenai kegiatan ini, bagi mendapatkan maklumat perbankan peribadi mereka dengan tujuan untuk mengambil wang daripada akaun mereka.

Berdasarkan siasatan oleh Bank Negara Malaysia, modus operandi kegiatan penipuan ini adalah seperti yang berikut:

1. Mangsa menerima SMS atau panggilan telefon: Meminta mangsa mengesahkan sesuatu transaksi kad kredit untuk pembelian barangan atau perkhidmatan yang kononnya telah dicaj kepada kad kredit mangsa.

2. Apabila mangsa menelefon nombor yang tertera dalam SMS berkenaan, pemanggil palsu itu akan memperkenalkan dirinya sebagai ejen sesebuah bank perdagangan dan sekali lagi meminta mangsa mengesahkan transaksi kad kredit berkenaan.

3. Apabila mangsa memberitahu pemanggil palsu itu yang beliau tidak ada membuat transaksi berkenaan, pemanggil palsu itu akan berpura-pura bersimpati dengan apa yang berlaku dan menasihati mangsa untuk membuat aduan dengan “Unit Kad Kredit Palsu” di Bank Negara Malaysia, atau dengan “jabatan pengurusan kad kredit” bank perdagangan. Pemanggil palsu itu akan memberikan nombor telefon “Unit Kad Kredit Palsu” kepada mangsa.

4. Apabila mangsa menghubungi nombor telefon berkenaan, mereka akan disambut oleh sistem pesanan suara automatik yang menyatakan tempat itu sebagai Bank Negara Malaysia, dan panggilan tersebut kemudiannya dijawab oleh seseorang yang mendakwa dirinya sebagai pegawai Bank Negara Malaysia. Pegawai ini akan meminta maklumat berkaitan akaun perbankan dan kad kredit mangsa dengan memberikan alasan bahawa dia akan menghantar aduan tersebut kepada pihak yang berkenaan bagi pihak mangsa.

5. Pemanggil palsu itu kini telahpun mempunyai maklumat yang mencukupi untuk membuat pindahan wang secara tidak sah daripada akaun mangsa.

Berdasarkan modus operandi tersebut, orang ramai diingatkan supaya tidak memberikan maklumat perbankan peribadi mereka kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali sebelum membuat semakan yang teliti.


Untuk maklumat lanjut, pertanyaan atau aduan, orang ramai boleh menghubungi atau berkunjung ke:


BNMTELELINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Tel: 1-300-88-5465
Faksimile: (03)2174 1515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my


BNMLINK (Pusat Perkhidmatan bagi Pengunjung)
Blok D, Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
(Waktu urusan: Isnin – Jumaat, 9:00 pagi – 5:00 petang)

ABMConnect (Talian Penting Persatuan Bank-bank Malaysia)
Tel: 1-300-88-9980


Bank Negara Malaysia
7 April 2009

Saturday, April 4, 2009

Formula 1 Sudah Bermula


Sana sini membicarakan tentang F1. Tapi, realitinya, rakyat Malaysia sendiri ramai yang masih tak tahu tentang Formula 1 ni. Aku bukan nak bercakap tentang tahu atau tak. Aku cuma nak cakap pasal orang Malaysia sendiri pun tak mampu nak masuk Litar Sepang yang gah sgt tu. Termasuklah aku ;p.

Aku rasa memang tak salah nak bina Litar yang gah dimata dunia, tapi tak rasa malu ke bila rakyat Malaysia sendiri tak pernah masuk ke Litar tu. Iyelah, sekali masuk dan cuma dapat duduk kat bawah sinaran matahari je dah beratus. Ini kan pulak nk dok bawah bumbung. Hari-hari, kita cuma baca suratkhabar cerita tentang F1. Tengok gambar jelah. Itu pun kalau ade gambar.

Aku terfikir jugak mana tahu, suatu hari kerajaan bagi diskaun 90% untuk rakyat malaysia tengok perlawanan tu. Mesti sesak kat litar tu dengan orang. Bila murah, bolehla bawa isteri, anak-anak, mak, ayah, atuk, nenek, pak cik, makcik.....

Kesian jugak aku rasa pada diri aku sendiri. Tak tahulah bila akan merasa masuk kat Litar tu. Teringin jugak ;p

Saturday, February 21, 2009

Mufti ubah hadis?


Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata sebarang perbuatan tunjuk perasaan bertujuan mencabar pemerintah adalah haram seperti dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud : "Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah Sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari Kiamat." BERNAMA

Sepatutnya hadis tersebut berbunyi ”Barangsiapa yang memuliakan Sultan Allah di dunia, pasti Allah muliakannya pada hari kiamat. Barangsiapa yang hina Sultan Allah di dunia, pasti Allah akan menghinanya pada hari Kiamat"

sumber: tranungkite

Women Police of IRAN


Women Police of IRAN


Women Police of IRAN

Women Police of IRAN

Women Police of IRAN



Women Police of IRAN

Women Police of IRAN


Women Police of IRAN









Tuesday, February 17, 2009

Never publish your picture on the Internet




Why you should NEVER publish your picture on the Internett...

Be careful






Becareful each time when use toilet

McDonald Surprise




This story was a true story, not a joke.. but it almost 9 years ago!


Shocking but True: Woman Discovers Chicken Head at McDonalds (See Attached Photo)
November 30, 2000, 01:00 PM

A customer at a McDonald's restaurant in Newport News, Va., got more than she bargained for when she received her order.



Katherine Ortega found a fried chicken's head in the box of chicken wings she ordered Wednesday.

Ortega said someone who wasn't looking closely could have easily mistaken the chicken's head for another piece of chicken, like the leg or a wing. The chicken's beak, the cone on top of its head and some feathers are visible.

Ortega said she wants to know how the chicken's head could have made it past inspectors and into the hands of a customer.

"I usually look at my food, but I shouldn't have to look that closely to see that," Ortega said. "My 5-year-old probably wouldn't have looked. He probably would have thought it was a chicken leg and eaten it."

The manager at McDonald's offered the Ortega's another order of chicken and offered to return the chicken's head to the distribution company.

Ortega declined.

The health department sent an inspector to the restaurant to look through the rest of the bag of chicken wings.

Officials didn't find anything unusual. The incident is being reported to the Department of Agriculture.

The McDonald's Corporation said it will look into the incident, stating that food safety is its top priority.