Wednesday, April 13, 2011
Senyum pagi
Kisah 1: Ayam dan Kambing
Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing.
Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.
Ayam : Kambing, pekabo?
Kambing : Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana
hensem-hensem ni.
Ayam : Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.
Kambing : Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam, kan?
Ayam : Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.....
Kambing : Apsal pulak?
Ayam : Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi TELUR nampak...
Kisah 2: Sama2 gila
Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.
Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"
Orang gila 2 : "Tahu apa?" Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"
Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."
Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:
Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."
Dokter : "Kenapa?"
Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."
Dokter : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."
Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."
Dokter : "???"
Tuesday, April 12, 2011
Hantu office
Nak dijadikan cerita, ofis aku ni psg ADT. Satu hari tu, kecoh kat ofis yg ADT call Mr R (GM aku) psl alarm berbunyi waktu subuh. Diaorg detect ade makhluk lalu dari toilet belakang ke bahagian tengah then kebelakang balik. Dah la waktu subuh, ade yg tumpang sembahyang ke? Sebelum ni kalau ade bunyi, ADT call aku or big bos je. Tapi sbb aku ngelat n bos pun xnak terlibat sama, dia suruh arrange semula biar GM yg handle. GM ni 1st time handle tu yg gelabah tu. Terus request ngan big bos nak CCTV.. hahahaha.. aku mcm geli hati pun ade sbb kdg2 cicak atau lipas lintas pun ADT boleh berbunyi sebenarnya. Tapi lantakla kan, nak sgt CCTV, biarla... nak skodeng aku ngular kat FB n blog pun boleh. hahahaha
Paling kelakar satu pagi tu, bile aku masuk2 je, telekung aku ade kat sofa guest. Hahahahaah.. sape pulakla punye cerita pinjam telekung aku ni. Seram sejuk gak aku. Hantu pompuan ke? Lepas disiasat, rupenya Puan ct yang selalu dtg ofis pinjam telekung aku. Apa yg dah jd ngan dia smpai xsmpt simpan telekung aku kat surau? hahahaha.. gini ceritanye.
Kami staf2 yg rajin lg berhemah ni sebenarnye balik sharp 530pm. sebab kami tak de OT. so, rugi kan buang ms keje smpai mlm xde OT. Ceh, berkira ngan bos. So, 530 mmg dah xdela nmpak batang hidung atau tangan kaki kiteorg kat sini. Pn ct ni nak ditakdirkan balik lambat. Suami dia guna kereta dia n lambat jemput dia. Dia ingat nak solat dulu. Sebab dah takut sgt tu yg amik telekung aku kat surau bwk gi bilik meeting. Tengah2 dia duduk situ bersantai, dia ternampak kelibat org melintas kat bahagian tengah ofis. samala kiranya mcm cerita si ADT tu. Tak taulah kelibat apa. Tapi bagi aku, kelibat tu byg2 org belakang je sbb kdg2 aku pun ade nmpk. Org belakang tu masak memasak kat ctu. Tu yg dia terus cabut lari dgn aircond tak xbertutup, lampu sumer terpasang. lepas kejadian tu, langsung dia xdtg sini lg dah. Hahahaha.. sape suruh dok lelama kat ofis kan. Nama pun menumpang, balikla awal. hahahaah
Lagi satu cerita Mr R kat surau sebelah. Dia kata tak de angin, xde ribut tibe2 pintu surau boleh terbuka n tertutup. Aku pun penah alami jugak tp aku siap belek2 lg pintu tu. Aku ni penakut jugak tp sbb waktu tu siang, aku tgk pintu tu jenis ringan. kalau kita lalu pun angin sikit pun leh buat pintu tu tertutup atau terbuka. Tak dela hantu mana pun. Diorg je yg besar2kan cerita. Tapi big bos aku sejak dok sebelah, dia mesti pasang ayat2 alquran kat ctu. Dia kata mmg dia rasa lain sgtla dok sebelah tu. Kadang2 dgr citer diaorg ni naik gak bulu roma. Cume aku xnak ikut sgt sbb kdg2 kalau kite terlalu taksub ngn cerita diaorg pun leh jd kita sama takut n ms tu la kita nmpk mcm2. kdg2 byg2 org pun kita kata hantu.
tu jela cerita aku hari ni. Sambil menaip ni aku terbayang jgkla hntu pakai telekung mcm mana aku terpikir ms mula2 nmpak telekung kat atas sofa guest. hahahaah
Monday, April 11, 2011
Tanda Ovulasi
Wanita dan Kesuburan
Bilakah Waktunya Tahap Terbaik Kesuburan Wanita?
Dan Bagaimanakah Caranya Untuk Mengenal Pasti Masalah Kesuburan Di Kalangan Wanita?
Secara umumnya wanita subur sebaik sahaja dia mencapai akil baligh iaitu apabila haid pertamanya keluar. Biasanya kanak-kanak perempuan mencapai akil baligh dalam lingkungan umur 12 tahun.
Lumrahnya, bagi seorang wanita, tempoh kesuburan berlangsung sehingga seseorang wanita mencecah umur 48 tahun iaitu sehingga berlaku putus haid (monopaus). Oleh itu dalam jangkamasa 36 tahun waktu subur tersebut, bagi wanita yang berumahtangga akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran.
Faktor penting berlakunya proses kehamilan :
- Waktu subur yakni wanita mengeluarkan ovum atau benih supaya dapat dipersenyawakan oleh benih lelaki iaitu sperma.
- Suami mempunyai sprema yang cukup dan sihat untuk proses persenyawaan.
- Saluran fallopio isteri mestilah berfungsi dengan baik atau tidak tersumbat.
Oleh itu bagi pasangan yang inginkan cahaya mata, inilah masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seksual atau persetubuhan atau sebaliknya elakkan hubungan bagi yang merancang untuk tidak ingin hamil.
Apakah Petunjuk Waktu Subur Wanita?
Kesuburan seseorang wanita berkait dengan keupayaan mengeluarkan ovum atau benihnya (proses ovulasi). Benih perempuan akan keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu tertentu sahaja.
Terdapat beberapa cara atau kaedah bagi menentukan seseorang wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah masanya benih tersebut keluar. Waktu mengeluarkan benih inilah waktu subur atau pun disebut sebagai fertile period.
1. Pusingan haid (menstruasi):
Kitaran haid seseorang wanita adalah satu fenomena yang kompleks. Kitaran haid ini berbeza untuk setiap wanita. Ia boleh berubah dengan bertambahnya umur. Bagi seseorang wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur setiap bulan biasanya subur.
Satu pusingan haid - ianya dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah sehari sebelum haid datang semula. Ianya meliputi jangka masa 28 ke 30 hari.
Dalam proses tersebut setiap wanita akan melalui satu lagi proses atau fasa iaitu proses ovulasi (fasa luteum) iaitu proses pengeluaran telur dari follikel yang telah matang), follikel akan membentuk corpus luteum. Corpus luteum inilah yang mengeluarkan hormon progesterone. Keadaan ini selalunya berpanjangan sehingga 12 - 13 hari kecuali dalam keadaan mengandung. Sekiranya tidak mengandung, corpus luteum akan berhenti membuat progesterone dan haid akan datang dalam masa sehari atau dua selepas itu.
Bagi kebanyakan perempuan, fasa luteum ini adalah 14 hari. Ada wanita yang tidak subur yang mengalami fasa ini dengan lebih singkat. Untuk tujuan pengiraan sekiranya anda tidak tahu, fasa luteum ini diambil sebagai 14 hari.
Selain itu ada beberapa tanda yang biasanya berlaku pada masa keluaran benih seperti ada rasa sakit atau senak dibahagian bawah perut dan pengeluaran lendir yang berlebihan dari kemaluan. Kadangkala lendir ini berwarna coklat, jernih dan mudah dijalurkan atau stretchable dan rupanya seperti putih telur mentah. Sebaik sahaja lendir keluar, lendir bertukar bentuk menjadi lebih kesat dan pekat.
2. Catatan suhu badan (Basal Body Tempreture atau BBT):
Catatan suhu perlu dilakukan dengan menggunakan jangka suhu atau thermometer khas yang digelar "ovulation thermometer". Catatan suhu badan ini perlu dilakukan sebaik sahaja bangun dari tidur (sebelum mandi). Persediaan awal perlu dilakukan pada malam sebelumnya iaitu dengan menggoncangkan thermometer supaya tanda raksa akan turun ke paras yang paling rendah. Apabila hendak mengambil suhu badan, thermometer tersebut perlu dimasukkan ke dalam mulut selama dua atau tiga minit. Catatan suhu badan ini sepatutnya dilakukan setiap hari kecuali pada masa datang haid.
Biasanya suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih dan sejurus kemudian ianya akan meningkat naik sebanyak 0.2 darjah celcius dan kenaikan suhu badan ini akan berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Sekiranya bentuk carta sedemikian tidak diperolehi maka seseorang wanita itu mungkin alami masalah tidak mengeluarkan benih dan seterusnya tidak boleh hamil.
3. Pemeriksaan bendalir pada pangkal rahim:
Semasa subur, bendalir serviks menyerupai putih telur yang mentah akan dihasilkan (jernih atau tanpa warna). Ia dihasilkan dalam kuantiti yang banyak. Setelah ovulasi selesa, bendalir serviks ini menjadi semakin pekat, kental, berwarna keputihan dan kuantitinya semakin berkurangan. Jadi kita boleh memeriksa bendalir serviks ini yang biasanya melekat pada seluar dalam atau kawasan faraj kita.
4. Pemeriksaan posisi pangkal rahim:
Kita boleh menyentuh serviks sendiri dengan memasukkan satu jari secara perlahan-lahan ke dalam faraj. Sewaktu kita subur, serviks dikatakan terletak tinggi di dalam faraj dan terasa lembut.
Bagi seseorang wanita yang mengalami masalah gangguan haid tidak teratur atau kesukaran untuk hamil maka anda digalakkan menemui Dr. Sakit puan dan kemungkinan akan menjalani ujian-ujian berikut:
- Ujian Darah:
Ujian darah untuk mengesan paras hormon boleh juga digunakan untuk menentukan wanita itu keluar benih atau tidak. Sukatan paras hormon progesterone dilakukan pada hari ke-21 hingga 25 dalam pusingan haid. Manakala bagi wanita yang pusingan haid mereka tidak teratur seperti datang haid sekali dalam tiga bulan ataupun sekali dalam enam bulan, biasanya tidak subur kerana benih tidak keluar dengan teratur. Dalam hal demikian beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengesan punca masalah tersebut. Antara ujian yang penting ialah menyukat paras hormon dalam aliran darahnya seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) dan prolaktin. - Ujian D & C:
Ujian D & C selalunya dilakukan oleh doktor kepada wanita yang mengalami masalah kurang subur. Ia merupakan tatacara pembedahan kecil di mana saluran pangkal rahim wanita itu dikembangkan. Proses ini digelar dilatation. Ruang rahim kemudian dikikis dengan alat tajam yang digelar curettage. Tatacara ini memberi manfaat kepada sesetengah wanita yang pangkal rahim mereka sempit dan ini mungkin memudahkan perjalanan benih lelaki ke dalam sistem peranakan.
Melalui proses mengikis ruang rahim ini juga membantu doktor mengeluarkan tisu yang tidak normal untuk membolehkan kehamilan berlaku.
Sesetengah doktor melakukan insufflation iaitu memancutkan air berwarna ke dalam saluran peranakan ketika melakukan D & C itu. Tatacara ini bertujuan untuk menguji sama ada salur fallopian terbuka atau tersumbat dengan melihat pengaliran air yang dipancutkan itu. Ujian ini jarang dilakukan pada masa sekarang kerana seringkali ia tidak memberi kepastian mengenai keadaan saluran peranakan tersebut.
Prosedur ini secara tidak langsung juga dapat membantu doktor mengenalpasti samada seseorang wanita itu boleh mengeluarkan benih ataupun tidak. - Pemeriksaan Fizikal:
Bahagian tubuh badan wanita yang patut diperiksa termasuklah:- Buah dada
- Kilang tiroid pada leher
- Sistem peranakan
Pemeriksaan buah dada pula bertujuan untuk mengesan ketumbuhan dan pengeluaran air susu kerana jika keadaan ini berlaku ada kemungkinan imbangan hormon dalam darah wanita itu terganggu. Mungkin paras hormon prolaktin tinggi dan ini mengganggu pengeluaran benih perempuan.
Pemeriksaan sistem peranakan ini adalah sangat penting untuk menentukan sama ada sistem peranakan seseorang wanita itu normal atau tidak. Sistem ini melibatkan faraj, pangkal rahim, saluran peranakan dan kilang ovari. Berbagai-bagai cara digunakan untuk memeriksa dan menilai system peranakan ini. Biasanya setelah doktor memeriksa kemaluan dan peranakan seseorang wanita itu, dia dapat menentukan secara kasar sama ada sistem peranakannya normal ataupun tidak.
- Pemeriksaan Laparoskopi:
Ia merupakan pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat. Menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sesuatu penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan yang sewajarnya perlu diberi.
Pemeriksaan laparoskopi ini juga sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis. Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Menurut kajian Dr. Hamid Arshat Pakar, iaitu Pakar Sakit Puan yang terkenal di negara kita, kejadian penyakit ini kini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinan ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.
Selain itu juga wanita yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kerapkali juga dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.
Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi’ dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad. Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.
- Ujian Hysterosalpingogram (X-Ray)
Ia merupakan ujian yangn dilakukan pada seseorang wanita yang dikesan saluran peranakannya tersumbat. Prosedur ujian ini khusus untuk melihat ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil. Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur dikhuatiri akan memberi kesan buruk kepada bayi sekiranya berlaku kehamilan akibat terdedah kepada bahangan atau sinar X-ray.
Semoga tulisan bulan ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada anda berhubung dengan anda dan kesuburan.
Pemeriksaan menggunakan alat Clear Plan:
Kaedah ini digunakan untuk menguji tahap hormon LH di dalam air kencing . Hormon LH dari kalenjar pituitary akan meningkat naik sekali dalam sebulan pada tubuh wanita yang subur. Hormon LH ini akan bertindak ke atas ovari seolah-olah memberitahu ovari bahawa masa ovulasi telah tiba. Kaedah ini hanya digunakan dengan nasihat dan khidmat doktor
Semakin hari semakin jauh berjalan
Sekarang ikram dah pandai jalan. Buka je mata terus nak bangun dan ajak jalan. Seronok tgk dia membesar dgn sehat...Harap dia terus belajar dan belajar sampai hujung nyawa. Jadi org yang berilmu dan beramal dgn ilmu :-)
Sematkan iman di dalam dada
Hidup berbakti dan berbudi
Ok tak? hehehe
Friday, April 8, 2011
Sabar saudaraku...
Tahun lepas ms aku mengandungkan si ikram, dia mengandung jgk. Aku masih igt lg terserempak dgn dia kat klinik. Terkejut aku tgk dia tak bersalin lagi sdgkan aku rasa dah smpai due. Dia cuma cakap dlm nada gurau yg anaknya nak menyambut tahun baru. Nampak dia aktif mcm biasa. Beberapa hari lepas tu dpt berita yang anak dlm kandungannya meninggal 3jam sebelum bersalin. Diceritakan anaknya lemas. Wallahua'lam... aku tak berani tanya lanjut sebab takut dia sedih...
Rabu lepas sekali lagi dia kehilangan babynya. Kali ni kisah dia agak kritikal kerana dia dimasukkan ke icu sebab darah tinggi. Anaknya tak dpt diselamatkan. Dia tak sedar diri utk beberapa hari dan bila sedar darahnya naik lg sebab tahu yg anak nya meninggal. Aku tak tahu nak gambarkan perasaan dia. Mesti terlalu sedih dan tekanan yang terlampau. Dia mesti kuat. Dia ada 2 org anak lagi yg sdg membesar. Dia mesti teruskan hidup demi anak2 nya. Pastinya baby yg dah pergi mengadap Ilahi setia menunggunya disyurga... Indahnya kisahnya kat akhirat nnt.
Aku speachless bila igt kisah dia ni. Tak tahu nak ckp dan tak tahu nak nasihatkan dia suruh bersabar ke camne. Sebab aku tak layak nak nasihat mcm tu. Aku tak penah alami dan aku tak nak alami pengalaman tu. Aku tak kuat. Yang aku boleh buat cume aku berdoa moga Allah berikan mereka sekeluarga kekuatan dan semangat untuk terus hidup. Anggaplah semua dugaan ni tiket utk ke syurga.