Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Resthour mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca budiman.




Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Monday, September 14, 2009

Siti Nurhaliza - Tahajjud Cinta - Ya Rasulullah dan Salawat

Dari album terbaru Siti Nurhaliza. Moga Allah bukakan pintu hati kak CT untuk pakai tudung dengan sempurna. amiin.

Sedap lagu lama Ya Rasulullah dan Salawat yang kak CT bawakan ni.



Tuesday, September 8, 2009

Puasa Si Miskin

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Wednesday, September 2, 2009

Wabak ini semakin rakus! Anda sudah bersedia?

Salam hormat dan salam sejahtera,

Kami harap anda dapat membaca informasi dibawah.
Ianya mungkin berguna dan bermanfaat buat anda.

Penularan wabak H1N1 yang melanda seluruh dunia dan negara kita,
Malaysia secara khususnya telah menyebabkan satu suasana yang amat
membimbangkan seluruh rakyat pada waktu ini. Ternyata virus kejam ini
tidak mengenal mangsa, samada tua atau muda, malah tidak tahu yang kaya
atau miskin seseorang itu. Sesungguhnya ini adalah satu ujian kepada kita.

Dalam hal ini, kami ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga
yang telah kehilangan anggota keluarga mereka dalam siri serangan virus ini.
Semoga mereka akan terus memperkuatkan semangat dalam berhadapan dengan suasana
yang menekan ini. Kami amat bersimpati dan tidak dapat dibayangkan jika ianya
berlaku kepada ahli keluarga kita sendiri. Oleh itu, kami juga telah mengambil
langkah pencegahan yang sepatutnya.

Kami tahu, pada masa ini ramai yang ingin menghulurkan bantuan.
Tetapi, masalahnya vaksin bagi virus masih belum ditemui. Dan ianya
dijangka pada penghujung Oktober ini. Kami harap ramai yang masih mampu
bertahan pada masa ini. Disini juga kami ingin memberikan sebuah laporan
percuma berkaitan informasi virus H1N1 ini kepada anda.
Semoga ramai mendapat manfaat dari laporan percuma ini. Inilah yang mampu
kami bantu buat masa ini dengan menyediakan informasi yang diperlukan orang ramai.

Anda boleh dapatkan disini:

http://www.tipsihat.com/index.php?ref=nisak

(hanya perlu masukkan nama dan email, laporan ini akan dihantar terus ke email anda)

Jika anda juga merasakan informasi ini berguna,
sila edarkan kepada rakan-rakan anda.
Cara mengedarkannya ada disertakan dalam email yang akan diterima nanti.

Semoga bermanfaat...!

Bersama kita mencegah H1N1 ini...



ikhlas
Resthour

Tuesday, September 1, 2009

Nasihat buat Suami

Tips-tips berikut adalah untuk pasangan suami isteri yang telah sah dinikahkan. Namun begitu, ianya juga sesuai bagi pasangan yang belum mendirikan rumahtangga sebagai panduan apabila mendirikan rumahtangga kelak.

1. Isteri adalah manusia
Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

2. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking' . Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.

3. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana jua anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.

5. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung sempena meraikan hari lahir . Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini".

6. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan bahawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.

7. Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

8. Isteri bukan pembantu rumah
Kebanyakan suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

9. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya.
Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Cameron Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.

10. Ciuman khas untuk isteri
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.