17/11/2008 6:59pm
KUALA LUMPUR 17 Nov. – Harga siling beras lima peratus hancur tempatan (ST5) turun 20 sen kepada RM2.60 sekilogram daripada RM2.80 manakala beras 10 peratus hancur tempatan (ST10) turun 30 sen kepada RM2.40 berbanding RM2.70 sebelum ini.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan hari ini berkata, harga baru itu mula diwartakan semalam.
“Harga beras ini merupakan harga barang yang dikawal kerajaan. Pewartaan ini bagi membolehkan kerajaan membuat kawalan terhadap harga tersebut,” katanya.
Mustapa berkata, berdasarkan pemantauan, terdapat pasar raya yang telah menurunkan harga beras manakala beberapa kedai runcit masih menjualnya pada harga yang lama.
“Mana-mana peruncit yang tidak mematuhi harga siling ini boleh diambil tindakan oleh pihak kawal selia padi dan beras di bawah Perintah Beras (Kawalan Gred dan Harga (1992),” katanya.
– Bernama
Monday, November 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment