Wednesday, January 9, 2013

Kenangan waktu kecik...

Teringat masa kecik2 dulu....

~ Sekolah rendah yg panjang waktunya. Masuk kul 8 pagi lepas asar baru balik. Itulah Sekolah Rendah Islam ABIM http://www.srisbn.edu.my/v0/index.php

~ Dah balik rumah salin baju pegi main ngan kawan2 kat rumah pulak. Main galah panjang, baling selipar.. haha... laki perempuan belasah je. Masa tu tau jugaklah laki pompuan takleh sentuh tau. HARAM...Tak tahu main galah panjang? Tengok org lidi kat bawah...


~ sebelum maghrib kena balik. Kalau tak mmg kena marah ngan mak. Mak garang. Lambat balik je mak dah berdiri depan pagar. Adik!!!!! Balik... :-)

~ Mandi dan siap2 solat maghrib. Mak pantang kalau maghrib2 bukak TV. Tu sebab selalu tak dapat tgk kartun. Kenapalah kartun selalu waktu maghrib. Paling sedih doraemon setiap sabtu kul 7ptg. haha.. terer boleh ingat kan? Ingat sebab TAK DAPAT tgk. Nanti kawan2 cerita psl doraemon, kita diam jelah...

~ Lepas maghrib kena baca quran. WAJIB! Masa belum khatam tu kenalah mengadap mak ngajar/akak yg ngajar. Lupa pulak, kawan2 dtg mengaji kat rumah! Best2... Kat manalah korang skrg kan? Ada yg dah lost contact. Tapi ada yg dah PERGI dulu... Alfatihah... :(

~ Dah setel sumer barulah boleh bukak tv, makan, buat homework. Tapi selalu tertido... Sebab tu kenangan waktu malam susah sikit nak ingat. Sebab dunia masa tu hanyalah TIDUR. ngeh ngeh... bangun2 dah 6.30 pagi. Abah kejutkan. Mula balik rutin dari atas...

Ps: Indahnya waktu kanak2... Mak abah mmg tegas waktu kecik. Alhamdulillah, Inilah anak mak abah... Terima Kasih mak Abah :-)

Monday, August 1, 2011

1 August 2011 = 1 Ramadhan 1432 H




Alhamdulillah, bersyukurlah kita ke hadratnya kerana masih lagi bernafas dan berpeluang untuk berpuasa di bulan mulia ini. Marilah kita sama2 meraikan kedatangannya dgn melakukan ibadah kepadaNya sebab kita tak tahu adakah tahun depan kita masih lagi berpeluang menyambut Ramadhan.

Just nak kongsi kan kebetulan 1 Ramadhan jatuh pada hari isnin, So sempatlah kami menyambut hari mantai ( org n9 cakap ni). Balik rumah mil utk sambut sama2. Tahu ke apa hari mantai?

Kalau ikutkan kamus, rasanya tak ada istilah hari mantai ni. Tapi kalau ikut fahaman saya, hari mantai ni sehari / 2hari sebelum puasa atau raya dimana warga n9 akan buat lemang, rendang or ketupat. Hanya utk sambutan puasa dan raya je tau.

Sampai skrg pun masih lagi terpikir kenapa ye nak sambut mcm tu? Kalau nak raya okla kan buat lemang utk makan pagi raya. Tapi kalau buat lemang utk sambut puasa knp? heheh.. maybe untuk ukhwah sesama keluarga. ye la, bile dah masak sama2 makan sama2, mestila makin akrab kan? Agaknye la...

Walau ape pun, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca Resthour (ade ke yg sudi baca?) Semoga Ramadhan kali ini akan dipenuhi dgn amal ibadah. Paling penting moga ibadah akan diterima Allah... Amiin

Ada beberapa azam saya tahun ni yang saya tak dapat tunaikan tahun lepas:
* Khatam al-quran walaupun hanya sekali
* Kerap solat tahajjud, kalau boleh setiap malam
* Banyakkan sedekah

Ya Allah, permudahkanlah setiap urusanku, terimalah amalanku ya Allah...

come on readers.... jom kita meriahkan Ramadhan ;)

Wednesday, April 13, 2011

Sanggup tak kita buat macam ni?



** Mungkin cleaner ni sanggup buat ape saje demi duit.

Senyum pagi


Kisah 1: Ayam dan Kambing

Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing.

Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam : Kambing, pekabo?

Kambing : Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana
hensem-hensem ni.

Ayam : Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.

Kambing : Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam, kan?

Ayam : Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.....

Kambing : Apsal pulak?

Ayam : Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi TELUR nampak...


Kisah 2: Sama2 gila

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.

Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"

Orang gila 2 : "Tahu apa?" Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"

Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:

Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."

Dokter : "Kenapa?"

Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."

Dokter : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."

Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."

Dokter : "???"

Tuesday, April 12, 2011

Hantu office


Kelakar pun ada bile ingat2 kan balik staf2 kat ofis aku ni. Sebelum aku citer psl hantu ofis ni, aku nak describe la dulu mcm mana rupa ofis ni. Ofis aku ni 1st floor rumah kedai. Bercantum ngan sebelah lg. Maknanye ofis aku ade 2 la. Sebelah lg satu tu cuma bos je yg duduk ctu n tmpt kiteorg solat. Kesimpulannye mmg tak ramai la yg ade kat sebelah tu kan.

Nak dijadikan cerita, ofis aku ni psg ADT. Satu hari tu, kecoh kat ofis yg ADT call Mr R (GM aku) psl alarm berbunyi waktu subuh. Diaorg detect ade makhluk lalu dari toilet belakang ke bahagian tengah then kebelakang balik. Dah la waktu subuh, ade yg tumpang sembahyang ke? Sebelum ni kalau ade bunyi, ADT call aku or big bos je. Tapi sbb aku ngelat n bos pun xnak terlibat sama, dia suruh arrange semula biar GM yg handle. GM ni 1st time handle tu yg gelabah tu. Terus request ngan big bos nak CCTV.. hahahaha.. aku mcm geli hati pun ade sbb kdg2 cicak atau lipas lintas pun ADT boleh berbunyi sebenarnya. Tapi lantakla kan, nak sgt CCTV, biarla... nak skodeng aku ngular kat FB n blog pun boleh. hahahaha

Paling kelakar satu pagi tu, bile aku masuk2 je, telekung aku ade kat sofa guest. Hahahahaah.. sape pulakla punye cerita pinjam telekung aku ni. Seram sejuk gak aku. Hantu pompuan ke? Lepas disiasat, rupenya Puan ct yang selalu dtg ofis pinjam telekung aku. Apa yg dah jd ngan dia smpai xsmpt simpan telekung aku kat surau? hahahaha.. gini ceritanye.

Kami staf2 yg rajin lg berhemah ni sebenarnye balik sharp 530pm. sebab kami tak de OT. so, rugi kan buang ms keje smpai mlm xde OT. Ceh, berkira ngan bos. So, 530 mmg dah xdela nmpak batang hidung atau tangan kaki kiteorg kat sini. Pn ct ni nak ditakdirkan balik lambat. Suami dia guna kereta dia n lambat jemput dia. Dia ingat nak solat dulu. Sebab dah takut sgt tu yg amik telekung aku kat surau bwk gi bilik meeting. Tengah2 dia duduk situ bersantai, dia ternampak kelibat org melintas kat bahagian tengah ofis. samala kiranya mcm cerita si ADT tu. Tak taulah kelibat apa. Tapi bagi aku, kelibat tu byg2 org belakang je sbb kdg2 aku pun ade nmpk. Org belakang tu masak memasak kat ctu. Tu yg dia terus cabut lari dgn aircond tak xbertutup, lampu sumer terpasang. lepas kejadian tu, langsung dia xdtg sini lg dah. Hahahaha.. sape suruh dok lelama kat ofis kan. Nama pun menumpang, balikla awal. hahahaah

Lagi satu cerita Mr R kat surau sebelah. Dia kata tak de angin, xde ribut tibe2 pintu surau boleh terbuka n tertutup. Aku pun penah alami jugak tp aku siap belek2 lg pintu tu. Aku ni penakut jugak tp sbb waktu tu siang, aku tgk pintu tu jenis ringan. kalau kita lalu pun angin sikit pun leh buat pintu tu tertutup atau terbuka. Tak dela hantu mana pun. Diorg je yg besar2kan cerita. Tapi big bos aku sejak dok sebelah, dia mesti pasang ayat2 alquran kat ctu. Dia kata mmg dia rasa lain sgtla dok sebelah tu. Kadang2 dgr citer diaorg ni naik gak bulu roma. Cume aku xnak ikut sgt sbb kdg2 kalau kite terlalu taksub ngn cerita diaorg pun leh jd kita sama takut n ms tu la kita nmpk mcm2. kdg2 byg2 org pun kita kata hantu.

tu jela cerita aku hari ni. Sambil menaip ni aku terbayang jgkla hntu pakai telekung mcm mana aku terpikir ms mula2 nmpak telekung kat atas sofa guest. hahahaah