Thursday, December 30, 2010

Baik Buruk hantar anak ke nursery atau orang persendirian?


Bukan senang nak jadi ibu dan bapa ni. macam2 nak kene pikir. Nak besarkan dan memanusiakan manusia. Wah, ayat power. Tambahan pulak ibu muda mcm saya, cewah.


Masalah 1: Ibu bekerja, anak siapa jaga?

Ni persoalan yang akan bermain-main difikiran korang yang ade anak, betul x? Bagi korang yg memang ade mak ayah yg masih tegap dan willing to jaga anak2 korang, itu adalah sgt bertuah. mcm saya, mak ayah dah tua. Memang xsanggup nak menyusahkan diaorang. So, terpaksalah fikirkan sape yg nak jaga. Alhamdulillah, carik punye carik rupenye ade lah kakak sepupu yang nak jaga kan anak. Bertuah punye anak! :-)

Masalah 2: Babysitter (persendirian) sakit, sape nak jaga anak?

Oh... ini adalah masalah besar ok... since saya kerja, saya xpenah nak cuti sebarangan. cewah... kalau bos baca mesti kembang punye sebab ade jgk staff yg baik mcm saya. Tapi, bila dah wujud nye babysitter dlm hidup, saya terpaksa cuti sebarangan (kdg2 terpaksa amik mc). Terutama bila dia sakit. Inilah masalah yg saya alami sekarang.

Babysitter anak saya masuk wad 2 mggu kerana penyakit Tibi. Sgt kesian. Mmg kami doakan yg terbaik utk dia, anak2 dia jugak. Tapi, utk saya, saya kene pikir sape nak jaga anak . Syukur ms ni cuti sekolah. Adalah yg nak jaga.. hehehe (suami saya la kan, diakan cikgu). Untuk semggu selamat lah. Lepas tu? Sape pulak yg nak jaga.


Bila dah terjadi mcm ni, barulah terfikir yg betapa bagusnya hantar anak ke nursery. Sebab nursery takkan tutup sebarangan. Pasti ada babysitter. Sebab babysitter lebih dari sorang. Ni lah kelebihan nursery yg saya nampak.

Masing2 ada baik dan buruk. Bila ada anak, benda2 mcm ni kenelah particular. Nak hntr nursery walaupun sebelah rumah sgt2 saya xsggp. Sebab ape? budak2 ramai n babysitter pulak xramai dan kerap sgt bertukar. Nanti anak kita pun pening. Sorang ajar lain, sorang ajar lain.

Akhirnya, sy teruskan jugak hantar anak ke rumah sepupu tu. Anak dia yg tolong jaga. Tapi masih risau jgk kalau penyakit TIBI tu masih boleh berjangkit. Harap2 taklah...

Bola.. Bola.. Bola

Malaysia akhirnya dapat juga gelaran juara tu. Walaupun macam-macam kata2 dr Indonesia tentang Malaysia. Tak pelah, asalkan pasukan Malaysia tak putus semangat. Tulikan saja telinga dengar mcm2 dr mereka. Butakan je mata gambar2 yg menyakitkan hati tu. Yg penting semua rakyat Malaysia takkan berhenti menyokong. Nampaknya pasukan Malaysia dah makin matang dan maju dari segi taktik dan cara permainan. Tahniah!



Nape pulak logo Arsenal tengah2 ni? Hehehe... bukan ape, saje nak bagi hangat pasukan Chelsea. Arsenal menang melawan Chelsea. Sejak bersalin, bola terpaksa ku lupakan. Sebelum kawen pun xreti psl bola ni. Tapi cik abg hari2 bercerita ttg bola akhirnya tau jgklah sikit2. Nak follow sgt tu xde la kan tp rsnya dah jth cinta gak la ngn team ni. Sebab ape? sebab team nye muda2 n logo dia xde kene mengena ngn setan gondol. hehehehe

Beralih balik cerita tentang bola Malaysia kan. Malam tadi xdelah follow sgt pun sbb leka kemas barang nak balik rumah mertua dan sibuk nak makan malam. Hehehe... tapi dari dapur dpt gak jeling2 tgk... bagus corak permainan dia. Dari tv pun dapat tgk laser2 yg byk tu. Penyokong Malaysia ke yg main laser tu? Rasanya kat belah penyokong Indon... so, pikir2lah sendiri kan.
Harap lepas ni pasukan Malaysia akan terus mara dan boleh masuk ke piala dunia. Wah, tingginya angan2. Tak pe, biar tinggi angan2 smpai ke langit. Kalau jatuh pun xdela jatuh terus ke tanah. Jatuh atas pokok je.. hehehe...

Tu jelah nak update. Sejarah bagi Malaysia. Selamat bercuti untuk semua..

Thursday, December 23, 2010

Kembali

Dah lama blog ni tak update. Maaf banyak2. Atas permintaan ramai, saya akan mulakan update blog minggu ini, insyaAllah... terima kasih kerana terus menyokong :-)

Wednesday, August 4, 2010

Hati dan Lidah

Seorang wanita yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Loqman al-Hakim dan berpesan; "Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan." Setelah kambing itu disembelih, Loqman mengirimkan kepada wanita te...rsebut hati dan lidah kambing itu. Beberapa hari kemudian, wanita itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar dikirimkan sebahagian daripada kambing tersebut kepadanya. Namun pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian terburuk yang diminta oleh wanita itu, tetapi dia meminta bahagian yang terbaik daripada kambing itu untuk dikirimkan kepadanya.

Setelah kambing itu disembelih, Loqman tetap mengirim hati dan lidah juga kepada wanita itu. "Mengapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk? dan mengapakah lidah dan hati juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?" Tanya wanita tersebut kepada Loqman. Loqman menjawab; "Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya." Mendengar jawapan itu, mengertilah wanita itu akan maksud Loqman. Hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan dan begitu juga sebaliknya. Dari hati dan lidah juga akan terbit segala kejahatan dan keburukan.

Sumber: fauzynm.e-belia. net

P/S: Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati." (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, January 12, 2010

Lawak Parlimen

Suatu hari, Dato’ Jejai seorang ahli parlimen mendapat satu panggilan telefon dari seorang perempuan iaitu Jenet.

Jenet :”selamat pagi Dato’ Jejai”

Dato’ Jejai :”Selamat pagi, siapa disana??”

Jenet : “saya Jenet , yang pernah tidur bersama Dato’ suatu ketika dahulu”

Dato;’ Jejai : “hah???”

Jenet :”Kalau Dato’ tidak mahu rahsia kita ini terbongkar, saya mahu Dato’ membayar saya sebagai duit penutup mulut”,
Dato’ Jejai :”ok. baiklah. Saya akan membayarnya”

Walaupun dalam keadaan terpaksa, Dato’ Jejai cuba berfikir, dimanakah dia pernah meniduri wanita itu. Keesokan harinya, Dato’ Jejai telah membayar sejumlah wang di suatu tempat yang telah ditentukan. Tetapi setelah beberapa hari kemudian Jenet telefan lagi untuk meminta wang, dan Dato’ Jejai terpaksa tunaikannya kerana takut rahsianya terbongkar. Setelah beberapa minggu kemudian Jenet menelefon lagi dengan menggunakan ancaman yang sama.
Setelah mambayarnya untuk kali ketiga, dengan agak terkasima, Dato Jejai cuba bertanya untuk menjawab segala persoalan dihatinya ….” ok lah, aku tunaikan permintaanmu tapi aku akan terkeliru. Aku cuma ingin tahu, dimanakah tempat kita pernah tidur bersama itu?”

Dengan lembut Jenet menjawab :”kita kan pernah tidur bersama dikerusi dalam Dewan Parlimen sewaktu mendengar Perdana Menteri kita menbentangkan Bajet 2010 “.