Friday, August 1, 2008

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Kepada sahabatku yang dimuliai & dihormati...
Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail mahupun edit/mengedit dan lain-lain..tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.....

Wallahualam..

For better privacy



Naughty Bear Got His Lesson







Sembahyang jadi kayu ukur darjat keimanan manusia

ULAMA berbeza pendapat dalam menentukan hukum orang yang meninggalkan solat. Ada yang mengkafirkan dan ada yang mengatakan imannya semakin berkurang. Berbeza Rukun Islam lain seperti puasa, zakat dan haji, apabila ditinggalkan ia akan mengurangkan keimanan seorang Muslim.

Firman Allah (SWT) yang bermaksud:

“Dan tidaklah mereka diperintahkan kecuali supaya beribadah, iaitu menyembah Allah (SWT) serta mengikhlaskan diri kepada-Nya dalam mengikuti agama yang hanif (suci) ini, mendirikan solat serta menunaikan zakat. Demikian itulah agama yang lurus.” (Surah al-Baiyyinah, ayat 5)

Solat disyariatkan sebagai tanda bersyukur kepada Allah (SWT), menghilangkan dosa, menunjukkan kepatuhan, ketaatan dan rendah diri di hadapan Allah (SWT) dengan menggunakan anggota badan untuk berbakti dan menghambakan diri kepada Allah (SWT).

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Allah (SWT) memfardukan lima waktu solat. Sesiapa yang memperelokkan wuduk dan solat tepat pada waktunya, menyempurnakan rukuk, sujud dan khusyuk, Allah (SWT) berjanji kepadanya untuk mengampunkan dosanya. Sebaliknya, sesiapa yang tidak melakukan semua itu, Allah (SWT) tidak berjanji untuknya. Jika Dia ingin mengampunkan dosanya, maka diampunkan. Begitu juga jika Dia ingin mengazabnya, Dia akan mengazabnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Tidak dinafikan, ada orang yang benar-benar khusyuk dan sempurna dalam solatnya. Namun, kebanyakan mereka kurang sempurna dan lalai. Tidak hairanlah setiap orang beriman akan mendapat ganjaran mengikut tahap kesempurnaan serta keikhlasannya ketika melakukan solat.

Allah (SWT) menentukan bahawa solat adalah syarat penting untuk membuktikan seseorang itu beriman pada Allah (SWT). Solat juga mampu menghilangkan keresahan yang sentiasa menyelubungi manusia. Dengan solat, hati mereka menjadi tenang, gembira dan ceria.

Ujian pertama selepas melafazkan kalimah syahadah ialah solat. Allah (SWT) cuba menguji manusia beriman dengan ujian pertama yang kebanyakan manusia gagal memenuhinya. Hukum kafir kepada sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja dan menganggap tidak wajib. Ulama bersepakat bahawa darahnya halal untuk dibunuh.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Perjanjian antara Muslim dengan kafir ialah solat. Sesiapa yang meninggalkan solat, sesungguhnya dia telah kafir.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasaai dan Ibn Majah)

Solat adalah amalan pertama yang akan dihisab di hadapan Allah (SWT). Rasulullah SAW mewasiatkan seluruh umatnya supaya mendirikan solat. Itulah perkataan terakhir yang keluar daripada mulut Baginda sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Solat juga termasuk satu rukun terpenting dalam Islam. Ia membuktikan kedudukan agama Islam sama ada kukuh atau lemah. Jika sebahagian umat Islam tidak lagi menunaikan solat, ini bermakna sebahagian umat Islam tidak faham dengan kepemimpinan Islam.

Tidak mungkin mereka akan berjihad di atas satu kalimah syahadah sedangkan mereka tidak mengikut seorang imam dalam solat berjemaah. Meninggalkan solat, bererti menanggalkan keislaman dan keimanannya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Mahukah aku beritahu kepadamu sesuatu perkara, tiang sesuatu perkara dan puncak sesuatu perkara. Aku berkata: Sudah tentu wahai Rasulullah. Sabda baginda: Kepala semua perkara adalah Islam. Tiangnya adalah solat dan puncaknya (apa yang meninggikan martabat Islam) ialah berjihad di jalan Allah (SWT).” (Hadis riwayat Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Najib: BN sukar gugat Anwar


Aug 1, 08 11:54am
kemaskini 1:56pm Datuk Seri Najib Razak mengakui BN sukar menang dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi calon PKR di kerusi parlimen tersebut.

"Kita kena realistik, ia adalah kawasan yang sukar. Kita akan berusaha sebaiknya," kata timbalan perdana menteri hari ini.

najib hilton hotel pc 010808 01Mengulas lanjut keputusan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatannya semalam sebagai anggota parlimen di kawasan itu, Najib berkata Anwar mempertaruhkan "masalah peribadinya" kepada orang ramai.

"Sebenarnya, tuduhan dibuat oleh pegawai khas beliau sendiri, bukan oleh kerajaan. Dan ada cara-cara untuk menyelesaikan tanpa membawa perkara ini kepada rakyat.

"Tetapi dia tidak pilih cara-cara tersebut. Beliau pilih untuk bawa perkara ini kepada rakyat, khususnya pada pengundi di Permatang Pauh. Tetapi kita terima perkara ini. Kita akan hadapi," katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran program khusus ke Universiti al-Azhar di Kuala Lumpur.

Pembantu penasihat PKR itu Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa diliwat dalam satu laporan polis 28 Jun lalu.

Kertas siasatan polis kini sudah disiapkan dan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara sebelum memutuskan sama ada wujud kes prima facie untuk mendakwa mantan timbalan perdana menteri itu.

Desas-desus Anwar ditahan dan kemudian dibawa ke mahkamah semakin hangat diperkatakan.

Najib menambah, BN bagaimanapun tidak gentar menghadapi pilihanraya kecil itu kerana kerajaan pimpinan parti itu masih menguasai parlimen.

"Kerajaan tidak takut. Kita ada majoriti yang cukup (dalam parlimen). Tetapi Anwar memutuskan membawa kepada rakyat," katanya.

Mengulas kemungkinan BN meletakkan bekas setiausaha politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd Nor sebagai calon untuk merampas kerusi itu, Najib berkara pemilihan calon masih belum dibincangkan.

"Kita tidak bincang soal calon lagi. Soal calon kita kena ikut proses (melibatkan) perbincangan di peringkat perhubungan (negeri) dan bahagian. Akhirnya pucuk pimpinan akan buat keputusan yang sewajarnya," katanya.

Mohamad Ezam, bekas ketua Pemuda PKR, pernah menawarkan diri bertanding atas tiket BN untuk menentang Anwar di Bandar Tun Razak dan Kulim-Bandar Baharu.

anwar ibrahim wan azizah permatang pauh by election 310708Najib bagaimanapun enggan menjelas bila BN akan berbincang untuk menetapkan calon terbaik untuk menghadapi tokoh utama pembangkang itu.

"Ia proses. Kita tidak perlu bagi tahu bila (akan) dibincang. Yang penting, perbincangan dibuat," katanya.

Mengulas sama ada karier politik Anwar akan tamat jika tidak dapat mempertahankan kubu kuatnya itu, Najib berkata:

"Kita tidak tahu. Beliau sudah buat kira-kira. Beliau rasa itu peluang terbaiknya. Kita letakkan pada rakyat untuk memutuskannya."

Anwar semalam mengumumkan bertanding di kerusi parlimen itu yang telah dikosongkan oleh isterinya pada sebelah pagi.

Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN.

Dr Wan Azizah menguasainya selama tiga penggal apabila Anwar dipenjarakan pada 1999 dan 2004 dan dilarang bertanding dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Sementara itu perdana Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, BN akan cuba merampas kembali kerusi parlimen itu.

BN tidak akan memberi kemenangan percuma kepada Anwar, katanya lagi selepas mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Al-Mutadee Billah di Putrajaya hari ini.